[VIDEO] Pengantin Lelaki Bersanding Sendiri Selepas Kem4tian Isteri, Momen Tatap Busana Arw4h Undang Sebak

 

Tular baru-baru ini, seorang lelaki bersanding seorang diri di atas pelamin tanpa kehadiran isteri di sisi.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Daniel dan berasal dari United Kingdom itu dilihat lengkap berbusana tradisional Melayu dengan mengenakan pakaian songket berwarna hijau.

Isteri men!nggal dunia

Bagaimanapun, tidak ada isterinya di atas pelamin menjadi tanda tanya warganet.

Difahamkan isteri kepada lelaki tersebut iaitu Nur Farah Ashykin men!nggal dunia akibat k4nser limfoma pada 7 Januari lalu. Sebelum itu, mereka telah bernikah di Jepun namun belum sempat mengadakan majlis resepsi.

Tatap busana isteri

Berdasarkan video yang dikongsikan pihak butik pengantin, kelihatan Daniel tidak mampu menahan air mata ketika menatap baju pengantin perempuan.

Terdahulu, arwah Farah pernah memberitahu tentang perkembangan kesihatannya yang kurang baik kepada pihak butik dan terpaksa menangguh beberapa kali untuk ke butik tersebut.

Namun arwah tidak sempat menyarung busana tersebut kerana menghembuskan n4fas terakhir sebelum majlis persandingannya.

Tersenyum di pelamin seorang diri

@ewansani84

Walaupun nmpk happy dlm hati dia je yg tahu..

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Momen ambil baju di butik buat ramai sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat Daniel dan mengagumi ketabahan hatinya untuk tetap meneruskan majlis. Dalam masa yang sama mereka juga mendoakan arwah Farah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Ramai yang faham apa yang dirasa pengantin lelaki itu

Sumber: TikTok Kutiqandaman, Ewansani84

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*