Pakcik Mervngut Tuan Kenduri Jamu Cendol Jagung Tak Ikut Selera… Minta Kacang, Pulut Dan Tapai Semua Tiada!

SEBUT sahaja tentang majlis kenduri kahwin, nasi minyak yang dipadankan dengan lauk-pauk seperti ayam dan daging tentunya menjadi hidangan paling ditunggu-tunggu para tetamu.

Seakan sudah menjadi trend, selain makanan utama tetamu turut dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan sampingan termasuk manisan.


Cendol merupakan antara menu pencuci mulut popular yang dihidangkan di sesebuah kenduri.

Namun baru-baru ini tular tentang sikap salah seorang tetamu di sebuah kenduri yang merungut tentang sajian cendol kerana tidak menepati selera dan kehendaknya.

“Pakcik tak mahu ais? Tambah jagung sikit lagi,” kedengaran perbualan seorang wanita yang dipercayai pekerja katerer bersama seorang lelaki yang merupakan salah seorang tetamu.

Pekerja katerer memberi penjelasan mengenai menu yang ditempah oleh tuan rumah.

Tidak cukup dengan permintaan untuk menambah jagung, tetamu itu kemudian bertanyakan pula sama ada mereka turut menyediakan kacang buat cendolnya.

Kacang tak ada eh? Pulut tak ada? Tapai tak ada?” soal tetamu berkenaan.

Tidak melatah, pekerja itu membalas secara sopan dengan dan menjelaskan perkara sebenar kepada tetamu.

“Tuan rumah order jagung sahaja,” katanya secara ringkas.

Seorang tetamu menoleh ke arah pakcik berkenaan dalam keadaan tercengang.

Meskipun dijawab dengan baik dan mengulangi menu yang ditempah oleh tuan rumah, namun tetamu itu dilihat masih tidak berpuas hati dan terus merungut.

“Tapai tak ada, pulut tak ada… apalah,” ujar lelaki itu yang kedengaran terkilan sebelum beredar sehingga menarik perhatian seorang tetamu wanita yang menoleh ke arahnya dalam keadaan tercengang.

Dia lupa ke dia makan percuma kat kenduri orang.

NETIZEN

Menerusi rakaman video berdurasi 25 saat itu, tetamu wanita tadi kemudian cuba mengambil hati pekerja katerer terbabit dengan bergurau bagi menceriakan suasana.

“Cakaplah… pakcik nak tapai, bawa dari rumah,” katatanya yang disahut dengan gelak ketawa.

Antara komen netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan sikap tetamu itu yang dikatakan tidak bersyukur.

“Dia lupa ke dia makan percuma kat kenduri orang.

“Dah cakap tuan rumah order jagung je, tak faham ke?

“Muka akak baju kuning tu berubah apabila pakcik tu minta macam-macam. Dia pun geram macam-macam pakcik ni minta.

“Pakcik, tuan rumah dah order tu kan… syukur Alhamdulillah, rezeki tu,” komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*