Media sosial digemparkan dengan berita gembira pelakon Atikah Suhaime yang tampil menyatakan dirinya telah bertunang dengan pasangannya, Datuk Lokman Teh dan bakal bernikah minggu hadapan.
Kata Atikah, dia sudah pun bertunang pada Disember lepas dan baru berkongsikan berita tersebut dengan orang ramai di media sosial.
Atikah melangsungkan pertunangan pada Disember lalu.
Dalam video yang baru dimuat naiknya di Instagram, terlihat majlis pertunangan yang berlangsung itu hanya kecil-kecilan. Kelihatan majlis tersebut hanya berlangsung di rumah dan dihadiri oleh rakan-rakan dan keluarga sahaja.
Majlis pertunangan itu berlangsung di Singapura.
Alhamdulillah saya sudah bertunang Disember tahun lalu, cuma baru kongsi hari ini.
Are you ready? Let’s go! One more week InshaAllah.
VIDEO;
View this post on Instagram
Bakal bernikah tak lama lagi
Berdasarkan video yang sama, aktres ini turut memberi bayangan bahawa dirinya dan Lokman bakal bernikah seminggu selepas pertunangan mereka tanpa menunggu lama. Menurut Atikah, meskipun bakal suaminya itu merupakan warga Singapura, namun mereka telah sepakat untuk membuat majlis pernikahan di Malaysia.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://beautifulnara.com/
Leave a Reply