Puteri Sarah tak selesa nama dipet!k bakal berkahwin – “T4k suka orang memandai-mandai”

Sebelum ini, bekas isteri Hafidz Roshdi, Nur Shuhada men!nggalkan komen di hantaran Farah Lee yang memaparkan foto bersama suami baru.

Hal yang menarik perhatian ramai apabila Shuhada atu mesra dikenali sebagai Shu berkata selepas ini giliran Puteri Sarah pula untuk mendirikan rumah tangga.

“Tahniah. Maksudnya tinggal Shu je ke ni single selama-lamanya? Lepas ni dah PSL,” tulisnya pada ruangan komen.

Tak selesa dan menafikan

Pelakon Puteri Sarah tampil menafikan kenyataan tersebut dan akui berasa tidak selesa apabila namanya ‘dipetik’ bakal berkahwin dengan rakan perniagaan, Andy Arsyil.

Bahkan merasakan tindakan individu tersebut berkata sedemikian boleh menimbulkan fitn4h tentang dirinya serta Andy.

“Saya sendiri pun tak tahu (mengenai perkahwinan). Saya tak suka bila ada orang yang keluarkan kenyataan sebegitu kerana ia boleh mendatangkan fitn4h.

“Kami hanya rakan dalam perniagaan produk penjagaan kulit. Saya tak suka orang memandai-mandai cakap begitu sebab saya sendiri pun terkejut.

“Untuk seseorang yang keluarkan kenyataan begitu bagi pihak saya, saya rasa tak sedaplah sebab benda ini akan mendatangkan fitnah.

“Kawan-kawan saya pun tak pernah cakap atau keluarkan kenyataan begitu. Tiba-tiba ada orang tu memandai-mandai keluarkan kenyataan begitu,” katanya.

Selalu bersama Andy demi jual produk

Kata aktres itu lagi, dia dan pelakon Indonesia, Andy sering melakukan live TikTok bersama hanya mahu menjual produk mereka sahaja.

Malah, tidak terfikir mahu mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dan hanya mahu fokus pada anak-anak serta perniagaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://beautifulnara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*