KEMELUT antara penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan bekas isteri, Shakilla Khoriri bagaikan tiada kesudahan dan terus berlarutan sehingga kini.
Bengang tidak dapat berjumpa anak mereka, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, kali ini membuat pendedahan mendakwa Shakilla ada hubungan dengan lelaki.
Kemelut antara Shakilla dan Fizi nampaknya masih belum berakhir.
“Bapa dia kau elakkan jumpa. Kekasih kau bawa jumpa. Siap pimpin tangan anak.
Fizi seperti sudah hilang sabar dengan tindakan Shakilla.
“Kau claim hidup single sorang-sorang? Dari sebelum berpisah kau tak pernah single la.
“Ini sebenarnya yang kau nak kan?” katanya.
Fizi menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa.
Malah menurutnya lagi, individu yang dikatakan sebagai orang ketiga itu diterima baik dalam keluarga Shakilla.
“Depan netizen acah-acah suci, hidup seorang besarkan anak. Lepas itu nafikan semua benda.
“Keluarga dia siap terima penyondol itu. Kifarah ada, tak kena pada diri sendiri tapi kena pada ahli keluarga,” ujarnya.
Fizi sudah lama tidak berjumpa Ameena.
Untuk rekod Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 5 tahun.
Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply