LELAKI yang bekerja sebagai anggota badan beruniform biasanya sering tampil segak dan kemas, lantas menyebabkan mereka menjadi perhatian ramai.
Terbaharu, foto seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut tular di laman Facebook ‘Wira Negara’ sehingga dia menerima pujian netizen.
“Dapat menantu wajah sejuk macam ni, Alhamdulillah.
Berasal dari Sarawak, namun Riduwan kini berkhidmat di Johor.
“Handsome man. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk anda.
“Handsome la awak,” tulis beberapa netizen dalam nada berseloroh di laman Facebook.
Riduwan menjadi perhatian selepas fotonya tular di laman Facebook.
Anggota bomba yang dikenali sebagai Mohammad Riduwan itu berkata dia menyedari fotonya tular di media sosial selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan.
Walaupun kerja berisiko tinggi, tapi kerja bomba ni sangat-sangat mulia.
MOHAMMAD RIDUWAN
Namun katanya, dia agak risau memandangkan fotonya pernah digunakan untuk akaun media sosial palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab, kira-kira dua bulan lalu.
“Ini kali pertama viral. Tahu selepas kawan yang share, ada yang mentioned. Instagram saya public, sebab tu sesiapa saja boleh share.
“Risau juga (viral) sebab sebelum ni pernah ada akaun palsu. Guna gambar saya, tapi nama orang lain. Tapi kejadian tu dah selesai dua bulan lepas.
“Saya ada baca komen-komen, terhibur juga. Terima kasih kerana tak pernah henti-henti support bomba. Mana yang komen membina, saya ambil sebagai ilmu. Komen negatif saya jadikan pengajaran,” ujarnya.
Bercerita lanjut, pemuda berusia 27 tahun itu berkata dia sebenarnya tidak pernah bercita-cita untuk bergelar bomba, sebaliknya mengimpikan kerjaya dalam bidang arkitek atau peragaan.
Namun katanya, takdir yang tertulis membuatkan dia jatuh cinta dalam bidang kebombaan yang membolehkannya berbakti kepada masyarakat di negara ini.
Riduwan baru empat tahun berkhidmat sebagai bomba.
“Saya baru lagi dalam pasukan bomba, baru empat tahun. Saya dilahirkan di Lawas, Sarawak. Membesar juga di Sarawak. Sekarang berkhidmat di negeri Johor.
“Saya tak terfikir pun nak masuk badan beruniform. Cita-cita saya nak jadi arkitek atau model. Tapi dah try isi bomba, pergi ujian fizikal lepas, interview pun lepas.
“Rekrut enam bulan dekat Akademi Bomba Wakaf Tapai, Terengganu. Lama-lama minat tu ada, semangat tu makin kuat nak jadi bomba. Sebab tugas bomba pun mulia, selamatnya nyawa orang,” ujar jejaka berketinggian 166 sentimeter (sm) itu.
Riduwan berkata ini merupakan kali pertama dirinya tular di media sosial
Akhir bicara, Riduwan turut menitipkan pesan kepada anak muda agar tidak teragak-agak untuk terjun ke dalam bidang itu sekiranya mereka mempunyai minat dan mahu berbakti kepada masyarakat.
“Cabaran dalam bomba ni macam biasalah, kena kuat mental dan fizikal. Sebab tak semua emosi orang sama. Emosi berbeza-beza.
“Untuk anak muda yang lain, kalau ada rezeki boleh la cuba kerjaya sebagai seorang anggota bomba. Walaupun kerja berisiko tinggi, tapi kerja bomba ni sangat-sangat mulia.
“Kita sanggup gadai nyawa sendiri demi nyawa orang lain tak kira masa, di laut atau di darat,” ujarnya mengakhiri bicara.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply