‘Maaf Suamiku Terp4ksa Bersanding Seorang..’

 

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan pengantin lelaki bersanding sendirian di atas pelamin.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di TikTok, Fatihah Zahra memohon maaf kepada suaminya kerana terpaksa membiarkan lelaki itu bersanding sendirian di hari bersejarah mereka.

Bersanding sendirian atas pelamin

Turut kelihatan, pengantin lelaki yang segak berpakaian songket sempat membuat panggilan video bersama isterinya yang berada di hospital.

Bukan itu sahaja, si pengantin lelaki dilihat bersanding di atas pelamin dan makan beradab sendirian tanpa isteri kesayangan di sisi.

Difahamkan, Fatihah dimasukkan ke wad beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung disebabkan radang paru-paru. Tambah Fatihah lagi, doktor tidak membenarkannya pulang memandangkan dia perlu bergantung kepada mesin oksigen.

Maaf suamiku terpaksa bersanding seorang.

Isteri dekat hospital di Kuala Lumpur, suami di Kedah.

VIDEO;

Walaupun keadaan ini unik dan sedikit menghiburkan, banyak juga netizen yang melihat dengan rasa kasihan. Kisah ini, walaupun penuh dengan ujian dan cabaran, mengajar kita tentang kekuatan cinta, kesetiaan, dan harapan.

Sumber: TikTok Fatihah Zahra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*