Perkongsian terkini pelakon Zain Saidin meraih tumpuan ramai di platform TikTok apabila berkongsi video mengajar anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana menyiang ikan.
Menerusi video tersebut, Aaisyah yang pertama kali menyiang ikan kelihatan tidak kekok meskipun tidak menggunakan sarung tangan plastik.
Belajar cara menyiang ikan
Selain bapanya, anak kepada aktres dan usahawan Rozita Che Wan ini turut diajar oleh Mak Toknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Zain seorang bapa mithali yang rajin melayan kerenah anaknya, serta melakukan aktiviti bermanfaat ketika musim cuti sekolah.
Selain itu, netizen turut meluahkan rasa bangga terhadap Aaisyah yang tidak geli ketika memegang ikan, selain berjaya menyiang ikan tersebut dengan elok.
Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 440,000 tontonan, 13,000 tanda suka dan lebih 400 komen.
VIDEO;
@zainsaidin23 Harap2 Tiktok tak bagi violation atau ape2 sekwaktu dengannya plak untuk video ni.. This is an educational purposes video ok Tiktok tersayang ku #fypシ #fyp #siangikan #aaisyahdhiarana #zainsaidin #daddysgirl #siscuba #brocuba
Zain dipercayai melakukan video tersebut sebagai content berhubung isu hangat personaliti televisyen (TV) yang tidak mahir menyiang ikan ketika mengacarakan program tersebut secara langsung di TV3, baru-baru ini.
Isu tersebut turut mendapat perhatian isteri pelawak Shuib, Watie Hanifiah yang mengimbau kembali momen menyiang ikan sehingga termenc4rut ketika kali pertama bertemu ibu mentuanya, Salamiah Jalani.
Bagaimanapun, pengacara TV tersebut tampil mempertahankan diri dan memberi respons terhadap kritikan netizen berhubung perkara tersebut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://www.hotfm.audio/
Leave a Reply