Net!zen tegvr tindakan p*luk kakak ipar, adik Syafie Naswip mohon maaf

ADIK kepada Syafie Naswip tampil membuat permohonan maaf susulan tindakan memelvk isteri pelakon berkenaan ketika majlis pernikahan pasangan itu pada 23 Disember lalu.

Sapawi Johnson menjelaskan dia sedar tindakan tersebut menimbulkan rasa kurang senang masyarakat dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

Adik hanya tumpang gembira dengan kebahagiaan abang.

“Berkenaan video saya pelvk kakak ipar, saya mohon ampun dan maaf kepada semua yang kurang senang dan saya akui kekhilafan saya tentang hukum hakam.

1222

Antara babak di dalam video pelvkan yang mendapat perhatian ramai.

“Tolong semua berhenti bergaduh sesama korang dan saya dah pun akui kesilapan saya,” katanya.

Sapawi berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan potongan video dia memelvk Syafie selepas selesai majlis pernikahan aktor tersebut.

Menerusi hantaran sama, Sapawi turut memohon maaf kepada abang dan kakak iparnya, Nur Afiqah Ishak di atas keterlanjurannya.

Dia juga berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan selepas permohonan maaf dibuat selain berlapang dada dengan setiap komen dan teguran.

“Terima kasih yang menegur dan ada yang bagi kata-kata kurang manis untuk dibaca tapi saya akui kesilapan itu datang dari saya sendiri,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sapawi berkongsi video dia memelvk Nur Afiqah selepas majlis pernikahan selesai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sapawi Johnson (@sapawijohnson)

Bagaimanapun perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana dia bukanlah mahramnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*