Aisar Khaled mohon maaf, tiada niat bagi harapan p4lsu kepada follower… “Saya hanya orang biasa, beri mana mampu sahaja”

TAHUN 2023 hampir melabuhkan tirainya, personaliti media sosial Aisar Khaled berkata terlalu banyak kejadian berlaku terhadap dirinya dan salah satu perkara dipelajari adalah tidak terlalu bergantung kepada orang lain.

Menyedari dirinya sering menjadi perhatian ramai, Aisar, 23, bagaimanapun kesal apabila segala kebaikan yang dilakukan sebelum ini sering disalah anggap oleh netizen di media sosial.

Aisar mohon maaf atas kekhilafan yang berlaku.

“Saya belajar untuk berhati-hati dalam mencintai manusia kerana terlalu bergantung pada pandangan mereka dapat membuat kita terpuruk (terduduk) saat dikecam atau mendapat kritik.

“Lebih baik temukan keseimbangan dalam menyayangi diri sendiri dan pertahankan kesihatan mental.

Aisar kesal niat baiknya disalahertikan oleh masyarakat.

Aisar kesal niat baiknya disalahertikan oleh masyarakat.

“Saya cuba buat yang terbaik tetapi disalah tafsir oleh lidah yang suka menghakimi.

“Inilah yang saya harus terima sebagai seorang yang berpengaruh. Saya enjoy dengan proses, ia membuatkan saya menjadi orang yang lebih matang,” katanya.

Aisar berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Selasa.

Sementara itu, Aisar turut menjawab tuduhan kononnya dia mempermainkan perasaan netizen dengan memberi pelbagai janji palsu.

Dalam hal ini, Aisar berkata dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan memohon maaf atas segala kekhilafan yang dilakukan.

“Memang kebanyakan daripada video atau live… saya minta orang komen ‘nak’ atau sebut nama saya untuk berkongsi rezeki.

“Tapi anda (netizen) kena ingat saya hanya orang biasa, saya hanya beri mana yang saya mampu sahaja.

“Saya minta maaf kalau sebelum ini terberi harapan kepada semua. Sudah tiga tahun saya melakukan cara seperti ini, sebelum ini tidak ada sebarang masalah.

Aisar sebelum ini sering membantu golongan yang memerlukan.

Aisar sebelum ini sering membantu golongan yang memerlukan.

“Saya menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf dan saya akan cuba perbaiki untuk menjadi individu lebih baik,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan yang mengatakan Aisar telah menipu ramai orang terutama penonton sesi siaran langsung di media sosial miliknya.

Menerusi sesi siaran langsung itu, Aisar meminta penonton untuk men!nggalkan komen agar dapat dipilih secara rawak untuk menerima hadiah-hadiah tertentu seperti wang tunai, motosikal, peti ais dan macam-macam lagi.

Pun begitu, ramai yang kecewa kerana tidak pernah menerima sebarang hadiah dan mendakwa Aisar hanya memberikan tawaran kepada kroni iaitu saudara mara dan rakan-rakannya sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*