[VIDEO] Gadis Berbaju Kurung Merajuk Rela Jalan Kaki, Kereta Waja Setia Ikut Dari Sisi

Adatlah dalam bercinta, ada pasang surutnya dalam perhubungan. Ada masa kita kena bertolak ansur dengan pasangan dan mengalah dalam pergaduhan kerana tidak mahu memburukkan keadaan.

Pun begitu, kata orang jangan dibuat main dengan merajuk seorang perempuan. Aik kenapa pulak? 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang gadis dilihat berjalan kaki di tepi jalan yang sibuk hingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

Kejadian itu didakwa berlaku di Johor Bahru dan ia terjadi kerana gadis itu dikatakan sedang merajuk dengan pasangannya.

Menerusi video itu juga, dapat dilihat sebuah kereta jenis Proton Waja mengekori dari tepi dengan perlahan, seakan-akan pemandunya sedang memujuk gadis itu untuk masuk ke dalam kereta.

Dalam video yang lain, perakam memaklumkan bahawa gadis itu telah berjalan dalam jarak yang agak jauh tanpa memakai kasut.

“Ko jangan memain kalau perempuan merajuk”

Video berkenaan mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata meminta pasangan gadis itu untuk cepat-cepat memujuknya.

Kata netizen juga, ia perkara normal dalam bercinta. Si lelaki kenalah mengalah supaya tak ada lagi kejadian sebegini yang berlaku. Hiks! 

Pujuk

Apa-apapun min harap akak ni dah berbaiklah dengan pasangannya. Jauh tu jalan, mesti penat. 

Sumber: TikTok 1, 2

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://lobakmerah.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*