“Macam ‘Berd0sa’ Pula Jadi Tua,”- Aishah Tak Nak Masuk Lagi Pertandingan Nyanyi, Letih Hadap Komen Neg4tif Net!zen

Penyanyi senior, Aishah Ariffin merasakan dirinya tidak akan menyertai mana-mana program realiti nyanyian yang mempunyai konsep sama seperti Gegar Vaganza pada masa akan datang.

Menurut Aisyah, dia kini mahu berehat dan hanya akan memenuhi jemputan persembahan.

Kualiti suara masih okay

“Saya tak rasa yang saya akan masuk lagi pertandingan seperti itu. Sekarang ini saya hanya nak berehat dan perbanyakkan ibadah,” katanya.

Jelas Aishah lagi, keputusan tersebut juga dibuat kerana dia sudah letih melayan sikap negatif sesetengah netizen di media sosial.

Disebabkan hal itu juga, dia memutuskan untuk menetapkan akaun Instagram miliknya didalam mod privasi

“Ada pula yang kata, saya tak perlu masuk pertandingan lagi sebab sudah tua. Seolah-oleh menjadi tua ini satu d0sa.

“Ia menunjukkan kita ini seperti tiada hormat lagi kepada orang yang lebih berusia. Ada yang kata saya sudah berkedut. Mereka ingat kulit mereka akan sentiasa tegang ke?

“Jadi, nak melawan satu-satu komen ni buat stres sahaja. Bila keadaan itu toksik, saya akan elak. Sebab itu Instagram saya kini dalam mod privasi. Saya malas nak melayan.

“Bila bercakap lemah lembut, orang kata saya buat-buat manja. Bila suara agak keras, kata pula saya sombong,” ujarnya lagi.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran Kempen ‘Lose To Win’ yang berlangsung di ibukota pada Sabtu.

Kempen ini dianjurkan oleh Persatuan Sukan, Rekrasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (Su.Re Sihat KL).

Menerusi kempen ini, Su.Re Sihat KL mahu mengumpul dana bagi membantu 20 individu berpendapatan rendah (B40) untuk menjalani program pengurusan obesiti.

Malah, program ini turut merangkumi pembedahan yang akan dilaksanakan oleh doktor pakar saluran gastro usus atas dan bariatrik.

Mengulas mengenai kempen ini, Aishah memaklumkan dia terpaksa menjalani pembedahan bariatrik demi kebaikkan kesihatannya.

“Saya menjalani pembedahan bariatrik enam tahun yang lalu dan saya hilang berat sebanyak 52 kilogram. Ketika berjumpa dengan doktor, berat saya adalah 110 kilogram.

“Saya sudah mencapai sasaran badan sihat saya. Sebelum buat keputusan untuk melakukan bariatrik, saya sudah cuba macam-macam cara sama ada bersenam atau produk kurus.

“Saya jadi nekad bila kaki saya sudah tak boleh berjalan normal. Pada masa sama, orang badan besar ini ada banyak limitasi.

“Keluarga saya pula ada sejarah sakit obesiti. Itu yang buatkan saya takut sangat,” kongsinya.

Pada masa sama, Aishah menyifatkan bariatrik bukanlah jalan singkat untuk menurunkan berat badan sebaliknya ia juga memerlukan disiplin yang tinggi untuk mengubah cara hidup.

“Bariatrik bukanlah pembedahan kosmetik. Mungkin anda sering melihat mereka yang melakukan prosedur ini adalah daripada golongan yang dikenali.

“Sebab itu program ini dibuat bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan. Nak amalkan pemakanan sihat memerlukan wang. Sesetengah tingkat gaji tidak akan mampu.

“Bariatriklah bukanlah jalan singkat seperti yang didakwa ramai. Kita kena ubah cara hidup juga. Prosedur ini hanya sebagai dorongan untuk permulaan,” akhirinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*