TINDAKAN seorang bapa yang bergurau dengan membuat prank terhadap anaknya sehingga menangis mengundang sebak netizen.
Kisahnya dikongsikan oleh seorang pemuda, Mr Kulisi menerusi satu hantaran di media sosial dengan memaparkan video detik kejutan istimewa tersebut dibuat.
Sebagaimana diceritakan, bapa kepada kanak-kanak bernama Dhani itu mengajak anaknya untuk mengambil satu kotak barang yang ditempah menerusi aplikasi Shopee.
Anaknya masih belum megetahui isi kotak itu, yang diambil dengan menaiki kereta Perodua Kancil dipandu bapanya.
“Selepas mengambil basikal tu… Namun bapa dia tak beritahu yang itu sebenarnya adalah basikal yang diimpikan,” tulisnya pada video.
Dhani pada awalnya tidak mengetahui bahawa bungkusan adalah basikal.
Tiba di rumah, Dhani kelihatan bersungguh-sungguh membantu bapanya membuka bungkusan tersebut.
Namun, kanak-kanak lelaki ini terus beredar masuk ke dalam rumah selepas diberitahu bahawa kotak itu merupakan sebuah kanopi.
Dia kemudiannya dipanggil semula untuk bersama-sama membuka bungkusan itu.
“Semangat untuk buka parcel itu seolah-olah tahu itu basikal walaupun tak pernah dijanjikan untuk dibelikan,” jelasnya lagi.
Seperti yang dapat dilihat dalam video, jelas terpancar wajah ceria kanak-kanak itu apabila melihat bahagian-bahagian basikal dalam kotak selepas dibuka.
“Kata bapanya ala… salah kirim Shopee ni. Kenapa basikal. Kita pulangkan semula. Gurau bapanya,” jelas Kulisi.
Sayang abah ye dik. Sampai akhir hayat abah tau, tiada ganti.
NETIZEN
Seolah-olah tidak lagi mampu berkata apa-apa, Dhani terus memegang kotak sebagai tanda terharu menerima basikal yang dibelikan.
Malah dia juga kelihatan terpaku seketika sebelum menunjukkan reaksi bersyukur menerima hadiah tersebut.
Sejurus mengelap air mata pada baju dipakai, dia meneruskan aktiviti membuka kotak untuk mengeluarkan basikal.
Setelah video dikongsikan tular di TikTok, Kulisi menitipkan pesanan supaya Dhani membalas jasa dan pengorbanan ibu bapanya setelah dewasa kelak.
Antara komen netizen ditulis pada video oleh netizen.
Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa terharu melihat reaksi kanak-kanak ini dengan menyelitkan pesanan kepadanya di ruangan komen.
“Sayang abah ye dik. Sampai akhir hayat abah tau, tiada ganti.
“Sedih pula… sebab dia tahu bersyukur.
“Hadiah adalah kasih sayang seorang ayah. Air mata terima kasih seorang anak amat berharga,” komen netizen pada video.
Dhani terharu terima hadiah sebuah basikal baharu daripada bapanya.
@mr_kulisi doakan dia menjadi anak yang soleh berbakti kepada kedua ibubapa dia. dpat membalas kasih syg orang tuahnya. dn mnjadi insan yg bermanfaat untuk yg lain. #fyp #emotional #sadvibes #longervideos
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar / Tiktok
Leave a Reply