[VIDEO] Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri – ‘Alhamdulillah’

 

Pelakon, Hafidz Roshdi sah bergelar suami kepada pilihan hatinya Athira Yuhada dalam satu majlis yang diadakan di Shah Alam pada Jumaat malam.

Hanya sekali lafaz

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi yang mengenakan baju melayu berona putih kelihatan begitu tenang ketika dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada iaitu Encik Abu Bakar di Glass House Event Space, Glenmarie, Shah Alam.

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon drama ‘Melastik Ke Hatimu 2’ itu telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pihak Athira.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Hafidz Roshdi (@hafidz.roshdi)

Terdahulu, berita mengenai perkahwinan Hafidz dan Athira menjadi bualan hangat netizen selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama kedua-dua mereka tular.

Menerusi butiran tersebut, majlis resepsi pasangan terbabit dipercayai bakal berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan acara di Shah Alam.

Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.

Bagaimanapun, Hafidz dilihat tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai dakwaan bakal berkahwin dengan Athira dan memilih untuk mengunci mulut.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*