Anak Mustapha Kamal genggam ijazah, ibu pula berseloroh – “Ni baru pewaris Megah Holding”

Anak perempuan kepada pelakon popular, Mustapha Kamal iaitu Sabella Qawiema berjaya menggenggam segulung ijazah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram milik Mustapha dan isterinya Susan Manen, pasangan yang terkenal dengan watak pemilik syarikat Megah Holding itu kelihatan sangat gembira dan berbangga atas pencapaian anak sulung mereka.

Berdasarkan satu hantaran foto anaknya memakai jubah konvokesyen, Susan sempat berseloroh mengatakan gadis berusia 24 tahun itu merupakan pewaris kepada syarikat Megah Holding.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella ✨ (@_sabellaqawiema)

“Tahniah Sabell, kami sayang kamu! Ni baru anak sulung pewaris Megah Holding,” tulisnya.

Difahamkan Sabella merupakan graduan daripada Universiti Malaya (UM) dan berjaya meraih Ijazah Sarjana Muda Bahasa Itali dan Linguistik Kelas Pertama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sabella menulis dedikasi istimewa dengan meluahkan kesyukuran selepas berjaya menamatkan pengajian.

“Alhamdulillah untuk semuanya. Saya berjaya mendapat Kelas Pertama bagi Ijazah Sarjana Muda Bahasa Itali dan Linguistik,” luahnya.

Dalam pada itu, dia juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga kerana sentiasa ada untuk memberikan sokongan kepada dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Susan Manen (@susanmanen)

“Kepada mummy dan papa, terima kasih kerana mempercayai dan menyokong saya dalam setiap keputusan yang saya ambil.

“Kepada Qayyiem, Salsabil dan Qaddiem, saya sayang korang. Saya bersyukur sangat sebab Allah bagi saya tiga orang adik macam korang,” kongsinya.

Mustapha juga tidak ketinggalan membuat perkongsian dengan mengucapkan tahniah kepada anaknya serta para graduan UM yang lain.

“Assalamualaikum Graduasan Universiti Malaya semua. Anda adalah aset negara, anda adalah cita-cita negara, anda adalah harapan negara, anda adalah masa depan negara.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mustapha Kamal (@mustapha_kamal)

“Kepada Sabella, first class honours. Tahniah! Kami sangat menyayangi awak,” katanya.

Sekadar info, Mustapha dan Susan mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sabella, Aulia Qayyiem, Salsabila Qur’ani dan Naqli Qaddiem.

Sumber: Instagram Susan ManenSabella Qawiema & Mustapha Kamal

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Srumber; https://ohmymedia.cc/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*