KEGIGIHAN dan kreativiti yang ditunjukkan oleh bapa ini bukan biasa-biasa.
Muhammad Afiq mencari kelainan apabila anaknya tidak memilih untuk membawa karakter ‘Disney Princess’ dalam pertunjukan fesyen di sekolah yang bertemakan Putera dan Puteri.
Bapa kepada Awfa yang berusia empat tahun ini memilih untuk menjadikan pakaian yang dipakai Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai ‘puteri’ untuk acara tersebut.
Afiq dan isteri memilih pakaian kasual dipakai Tunku Azizah untuk pertunjukan fesyen di sekolah Awfa.
“Majlis yang diadakan tu adalah Hari Bakat Tadika di sekolah anak saya. Pihak sekolah adakan pertunjukan fesyen untuk kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun dengan satu tema ditetapkan.
“Saya dan isteri tak berapa berkenan dengan watak-watak kartun Disney. Jadi kami cuba cari watak lokal yang juga menggunakan animasi dan elemen puteri dalam cerita.
“Saya pun tengok-tengoklah pakaian Raja Permaisuri Agong kita memandangkan beliau pun bertudung. Jadi saya perhatian pakaian signatur dan gayanya yang lebih kasual sering dipakai,” jelasnya.
Menurut bapa kepada dua cahaya mata ini, fesyen anaknya adalah ilham berdasarkan carian Google menggunakan kata kunci ‘Permaisuri Agong melawat mangsa banjir’.
Sebagaimana dikongsikan dalam video, kelihatan Awfa berjalan di atas pentas dengan pakaian ala Tunku Azizah dan digayakan bersama kaca mata dan kasut but.
Dia yang berusia 32 tahun berkata berasa lega apabila berjaya juga mengikut tema pakaian yang ditetapkan walaupun persalinan disediakan pada saat-saat akhir akibat terlupa.
Awfa memperagakan pakaian mirip Tunku Azizah ketika pertunjukan fesyen di tadika.
“Cikgu sudah beritahu awal mengenai event tu tapi biasalah… terlupa. Tiga hari sebelum acara tu cikgu minta maklumkan watak apa yang anak nak peragakan barulah teringat.
“Saya dan isteri pun kelam kabut. Masa tu nak order kostum online pun sudah tak sempat. Nak tempah baju lebih kurang pun tak sempat. Jadi saya cari saja apa yang ada dalam rumah.
“Saya cuma belikan kemeja dan cermin mata sebagai aksesori tambahan. Semua perbelanjaan memakan kos sekitar RM32.40 sahaja,” jelas Afiq lagi.
Kalau menang tu dikira bonus tapi apa yang lebih penting dan mahal sebenarnya memori bersama anak-anak.
MUHAMAD AFIQ
Menceritakan semula mengenai majlis, Afiq berkata Awfa pada mulanya tidak selesa mengenakan cermin mata buat pertama kali.
Tetapi setelah berada di dewan sekolah, perasaannya kembali bersemangat untuk memperagakan pakaian lengkap dengan semua aksesori dipakai.
Bercerita lanjut, Afiq yang sudah berumah tangga selama enam tahun ini menegaskan bahawa dia dan pasangannya tidak mempunyai masalah untuk menyertai sebarang acara atau pertunjukan sedemikian.
Afiq bersama ahli keluarganya.
“Sebelum-sebelum ini kami memang suka acara pakaian bertema macam ni. Bagi saya, tak ada masalah untuk adakan acara-acara macam ni.
“Ia lebih kepada aktiviti ibu bapa bersama anak-anak dan bukan untuk menang pertandingan semata-mata. Kalau menang tu dikira bonus tapi apa yang lebih penting dan mahal sebenarnya memori bersama anak-anak,” ujarnya menutupi kisah.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply