Kebiasaannya, ibu atau ayah yang akan mengambil kita balik dari sekolah apabila sesi persekolahan sudah tamat.
Ada juga yang menaiki bas sekolah bersama kawan-kawan untuk pulang ke rumah masing-masing.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan tiga orang lelaki datang ke sekolah untuk mengambil adik perempuan mereka.
Image via Tiktok
Menerusi video yang dimuat naik oleh @adrieshahiskandar_, kelihatan tiga orang lelaki yang merupakan abang kepada budak perempuan itu sudah menunggu adik mereka di luar pagar sekolah.
Apa yang mencuri tumpuan adalah sebaik saja adik mereka keluar, salah seorang daripada lelaki itu memimpin tangan si adik dan mereka berempat dilihat melintas jalan bersama-sama.
Si adik pula kelihatan tersipu malu kerana tidak menyangka ketiga-tiga abangnya akan menjemput dia pulang dari sekolah.
“Bila satu-satunya jadi anak perempuan macam inilah. Bodyguard saya ada 8 org termasuk suami” – Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang telah mencecah 5.9M tontonan, 414.5K tanda suka serta 2.7K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat adik-beradik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Lihat klpi video di bawah:
@adrieshahiskandar_ Bodyguard Adik😂
Ni kalau ada orang cari pasal habislah kena dengan abang-abang dia 😀
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber; https://says.com/my
Leave a Reply