SELEPAS dua kali mengalami keguguran, pelakon Uqasha Senrose dipercayai sedang berbadan dua.
Ia susulan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang Plaza, Datuk Saroni Judi berkongsi kehadiran Uqasha dan suaminya, Kamal Adli ke hospital berkenaan yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pasangan itu sedang berbincang dengan Saroni di pejabatnya selain bergambar bersama.
Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 2021.
Lebih menarik perhatian ramai apabila Saroni yang mengalu-alukan kehadiran mereka turut memberi bayangan pasangan itu bakal bergelar ibu bapa menerusi kapsyen video tersebut.
“Selamat datang Kamal dan Uqasha, selamat menjadi ibu bapa,” tulisnya.
@datuksaronijudi Selamat datang Kamal dan Ukasha. Selamat menjadi ibu bapa.
Menjengah ke ruang komen, netizen tertanya-tanya sekiranya aktres berkenaan sedang hamil dan tidak kurang ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Respon netizen
Perkongsian itu sudah tentunya mencuri perhatian wargamaya yang tertanya-tanya mengenai posting tersebut.
Namun begitu, sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat pelakon drama ‘Perempuan Tanpa D0sa’ itu mengenai spekulasi tersebut.
Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply