Wanita ‘Memek4k’ Pemotong Rumput Kot0rkan Kereta, Netizen Sekolahkan Balik – ‘Kereta Kau Sorang Je Baru Basuh’

 

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang individu yang dipercayai merupakan wanita yang mengomel apabila keretanya terkena cebisan rumput ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang pekerja sedang memotong rumput di pembahagi jalan sewaktu lampu isyarat menunjukkan warna merah.

Baru lepas basuh kereta

Kedengaran wanita terbabit merungut tidak puas hati terhadap pekerja tersebut kerana keretanya baru saja dicuci sebelum kejadian berlaku.

Aku marah ni, Lailahaillallah. Kereta ni dah lah baru basuh.

Astaghfirullah, Ya Allah, Ya Rabbi. Apa benda ni?

Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya mempertikaikan tindakan individu terbabit.

Dikec4m netizen

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya mengecam individu terbabit yang dilihat seakan kurang beradab terhadap pekerja yang sedang memotong rumput itu.

Mereka juga berpendapat, wanita berkenaan tidak sepatutnya bersikap sebegitu kerana lelaki yang sedang memotong rumput itu hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja.

Sumber: Aplikasi X

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*