[VIDEO] Tak Kisah Tolak Cermin Guna Tangan, Lelaki Ini Seb4k Isteri Sanggup Susah Bersama

Kejayaan seorang suami kerana berdirinya seorang wanita yang kuat dibelakang suaminya tanpa henti memberikan sepenuh dorongan dan sokongan demi masa depan yang cerah.

Walaupun ada segelintir yang mementingkan kebendaan, namun jika pasangan anda dapat sama-sama mengharungi kesusahan hidup untuk bersama dengan anda ia juga merupakan salah satu rezeki yang tidak ternilai.

Tidak semua pasangan mahu dilimpahi kemewahan

Pasangan yang bahagia tidak semestinya dilimpahi dengan kebendaan atau kemewahan, kadang-kala cukup semuanya serba sederhana dan diberikan kasih sayang yang secukupnya.

Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan di oleh seorang lelaki bernama Mohd Najib Amin di aplikasi TikTok.

Menerusi aplikasi berkenaan, lelaki ini berkongsi satu rakaman video mengapa dia begitu sayang akan isterinya.

Kenapa aku sayang isteri aku sorang nie

Gelagat isteri naikkan cermin secara manual seb4kkan suami

Video berkenaan memaparkan gelagat suami isteri ini didalam sebuah kenderaan dan memperlihatkan isterinya yang sedang menaikkan cermin van manual mereka.

Selain itu, lelaki ini turut menjelaskan wanita berkenaan tidak pernah merungut dan mengeluh dengan kehidupan mereka sedang lalui bersama ketika ini.

Sanggup hidup susah mula dari bawah

Apa yang menyentuh hati adalah, isterinya yang dikenali dengan nama Fara Dila sanggup hidup susah dan menjalani pahit manis bersamanya sebagai suami isteri.

Malah, lelaki ini turut berjanji untuk bekerja dengan lebih keras lagi supaya dapat membeli kereta yang diidamkan oleh isternya suatu hari nanti.

Moga suami dapat penuhi impian isteri suatu hari nanti

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut seb4k dan terharu dengan kisah pasangan ini.

Mereka turut kagum dengan cara lelaki ini menghargai isterinya dan berharap semoga dia dapat menghargai isterinya serta bahagia hingga ke jannah.

Hampir 300,000 tontonan setelah dimuat naik

Rakaman video yang dikongsikan oleh saudara Mohd Najib Amin ini telah berjaya mendapat tontonan hampir 300,000 selepas dimuat naik.

@najibaminariffinTerima Kasih Umi ????Insha Allah Kita mesti Boleh. #f#oryoupage #f#yp #m#alaysia #f#yppppppppppppppppppppppp♬ Mimpi – Haqiem Rusli

Semoga kisah ini menjadi contoh untuk kita semua supaya lebih menghargai pasangan dan berusaha untuk membahagiankan pasangan kita di masa hadapan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.yoy.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*