PENYANYI Haqiem Rusli menjadi perhatian dalam kalangan peminat selepas berkongsi foto terbaharu isterinya yang kini dilihat kembali memakai tudung.
Berserta hantaran tersebut, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 24, turut meninggalkan ungkapan kata-kata manis buat isteri iaitu Anis Sofea.
Haqiem berkata, meskipun apa dilakukan dilihat menyakitkan namun berharap Anis terus kuat dan semua perkara akan menjadi lebih baik.
Penampilan Sofea sentiasa menjadi perhatian ramai.
“Walaupun ia menyakitkan sekarang, teruslah kuat. Semuanya akan jadi lebih baik.
“Awak bersama saya dalam sukar dan senang,” katanya.
Haqiem meluahkan perkara itu menerusi perkongsian di lnstagram miliknya pada Sabtu.
Dia turut menggunakan lagu nyanyian Afgan berjudul Bukan Cinta Biasa sebagai latar belakang hantaran berkenaan.
Sementara itu menerusi ruangan komen, ibu Haqiem iaitu Nazrah Nordin yang turut mendoakan kebahagiaan anak menantunya itu.
“Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk kedua anak mak. Cantiknya macam ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, netizen turut memuji penampilan Sofea yang kelihatan lebih manis bertudung dan mendoakan agar wanita itu terus kekal istiqamah.
“Haqiem suami yang hebat, jangan putus asa dengan ujian Allah berikan.
“Jarang Haqiem post gambar Sofea sejak free hari. Rindu nak tengok gambar berdua yang sweet.
Haqiem turut menerima tempias kecaman selepas Sofea membuka tudung.
“Cantik sangat Sofea bertudung, semoga mendapat hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna,” komen netizen.
Pada sambutan Aidilfitri lalu, Sofea secara terbuka memuat naik gambar dia tidak lagi memakai hijab dan tindakannya itu mendapat kritikan peminat Haqiem.
Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mStar
Leave a Reply