VIDEO memaparkan seorang rider berjalan kaki di bahu jalan sambil menggalas beg penghantaran makanan mengundang sebak netizen.
Lelaki berkenaan dilihat berjalan pasrah dan masih mengenakan topi keledar dalam cuaca panas terik selepas tidak dapat meneruskan kerja mencari rezeki.
Hantaran tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok @kikkycoco yang berada di lokasi sewaktu pemeriksaan kenderaan dilakukan pihak penguatkuasa.
“Hina sangat ke kerja Grab atau Foodpanda ni? Kasihan abang tu nak cari rezeki. Semoga abang dipermudahkan segala urusan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurutnya dalam satu hantaran baharu yang dibuat pada Rabu, rider tersebut berjalan kaki selepas motosikalnya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Tangkap layar video yang dikongsikan Kikkicoco di TikTok.
Malah, dalam hantaran sama, dia turut menjelaskan bahawa motosikalnya turut dirampas atas kesalahan tiada cukai jalan (road tax).
Dia kemudian meluahkan hasratnya untuk mendapatkan semula motosikalnya dengan meminta orang ramai membantunya dari segi kewangan.
“Saya ingin meminta satu permintaan daripada anda semua. Sesiapa yang baik hati boleh hulurkan sedikit bantuan kewangan.
“Sekarang motor saya kena sita sekali dengan abang Foodpanda tu. Saya masih lagi seorang pelajar jadi saya tak cukup duit untuk bayar keluarkan motor tu,” katanya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, dia berharap agar orang ramai tidak memandang negatif permintaannya ini.
“Saya tak nak orang anggap saya gunakan cara ni untuk dapatkan duit.
“Tapi saya bukan daripada keluarga yang senang,” jelasnya lagi.
Hantaran tular yang meraih lebih 2.5 juta jumlah tontonan itu turut dikongsikan oleh warganet lain.
Rata-ratanya menyatakan rasa simpati mereka terhadap rider tersebut setelah melihat rakaman dikongsikan.
“Kasihannya dia. Mesti dia tengah fikir macam mana nak cari duit.
“Allahuakbar, semoga abang kuat dengan ujian dunia. Sabar bang. Allah akan sentiasa bersama abang.
Komen netizen pada video asal yang tular.
“Sumpah aku sebak wey. Bayangkan ya… abang tu ada anak isteri tengah tunggu dia balik. Berharap ada hasil yang banyak hari tu,” antara komen netizen pada video.
Jika diteliti pada ruangan komen juga, terdapat seorang insan yang ingin menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada rider tersebut atas dasar simpati.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita penunggang motosikal yang didapati melanggar kesalahan jalan raya di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan tegas itu akan dikuatkuasakan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan menunggang motosikal secara berbahaya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar
Leave a Reply