‘Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka’ – Ali Puteh doakan yang baik-baik untuk keluarga Abby Abadi

Isu rumah tangga seorang wanita yang retak akibat orang ketiga membabitkan anak pasangan selebriti mengundang perhatian banyak pihak termasuk rakan-rakan selebriti.

Keadaan bertambah hangat apabila orang ketiga berkenaan tampil mengaku bersalah atas perbuatannya itu membuatkan ramai terkedu kerana tidak menyangka di usia masih remaja seperti itu sudah menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Pelawak Ali Puteh atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, turut tampil mengeluarkan kenyataan ringkas mengenai isu berkenaan.

“2020 berlalu, kini 2023. Moga baik sahaja buat keluarganya.

“Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka,” tulisnya dalam kapsyen gambar di Instastory semalam.

Dua gambar tersebut menunjukkan keratan laporan berita yang mengutip kenyataan Abby Abadi berhubung isu Ali Puteh dengan kakak iparnya. Di mana, Abby mengatakan dia tetap menyebelahi balu kepada arwah Abam dalam isu tersebut.

Manakala gambar kedua laporan berita terkini berhubung kes yang membabitkan anak selebriti berkenaan, Marissa Dania Hakim, yang didakwa menyondol suami orang sehingga pasangan itu bercerai berai.

Sumber: Instagram Ali Puteh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://thereporter.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*