Abang Sempat Hantar Selfie Kepada Adik-Beradik Sebelum Kemal4ngan

Begitulah mesej terakhir yang dihantar oleh tiga beradik yang m4ut bersama ibu bapa serta seorang lagi adik dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat, Johor Bahru kepada abangnya, Abdurrahman Amir Ruddin kelmarin.

Menurut Abdurrahman, 19, dia menerima mesej itu pada pukul 3.26 petang yang dihantar menggunakan telefon bimbit ibunya.

“Kami memang keluar saing, tetapi ayah, ibu dan lima adik yang lain pergi ke Segamat untuk menghantar ibu yang mengajar di Sekolah Agama Felda Kemendak, kemudian baru hantar tiga adik yang bersekolah di Maahad Tahfiz al-Quran al-Muhammadi di Gerisek.

“Adik sempat hantar mesej guna telefon ibu, mereka ambil gambar bertiga dan tulis ‘kita orang balik dulu’ dan saya balas dengan swafoto di atas motosikal, untuk pulang ke rumah nenek di Parit Lapis Darat, Parit Jawa, Muar,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Tambahnya, pagi itu ibunya turut menghantar mesej memberitahu tidak jadi untuk memasak nasi Arab dan menyuruhnya makan lauk-pauk yang dimasak malam semalam.

Dia memberitahu, dia telah menerima panggilan daripada bapa saudaranya pada pukul 8.30 malam memaklumkan n4has yang menimpa keluarganya.

Dalam n4has itu, bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46, dan ibu, Norahimah Noor Muhamad, 43; dan empat adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah,13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, men1nggal dunia di lokasi.

N4has berlaku selepas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang mereka naiki dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Kosmo! Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*