Tindakan pelakon dan penari Alam Wakaka berkongsi foto-foto ketika mengerjakan ibadah umrah di Masjid Nabawi, Madinah, dengan memakai t-shirt dan berseluar mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Menerusi ruangan komen di Instagram Alam, rata-rata netizen menegur tindakan Alam dan menasihatinya agar menghorm4ti tempat suci umat Islam itu.
“Hati dan niat dah betul. Tapi hormat sikit tempat mulia, tak salahkan pakai pakaian sunnah. Lagi-lagi tempat macam itu bukan berkali-kali datang peluang untuk ke situ.
“Kita kalau pergi istana pun pakai baju sopan seperti Baju Melayu, ini Masjidil Nabawi, Nabi Muhammad S.A.W ada di sana. Takkan tak boleh pakai baju yang beradab sikit duduk dekat masjid Nabi?
“Pakai jubah baru nampak nice. Buang topi tu Ya Habibi.
“Kenapa tak pakai pakaian sunnah? Ya betul memang tutup aurat pakaian dalam gambar ni, tapi lebih manis dan sesuai pakai pakaian sunnah. Pakai kopiah. Umpama pergi berenang pakai Baju Melayu, kan tak sesuai tu,” tulis beberapa warganet.
Malah, ada juga yang menegur tindakan Alam menayangkan pod berantai ketika di perkarangan Masjid Al-Quba, Madinah dalam hantaran lainnya.
“Simpanlah rantai leher tu dalam poket, sebab tempat itu bukan untuk ber-stail bro.
“Simpanlah pod di dalam poket buat sementara, tak rugi pun,” tegur warganet lagi.
View this post on Instagram
Namun, ada yang tampil mempertahankan Alam dan memohon agar warganet mengirimkan mesej langsung untuk menegur Alam.
“Ada je nak condemn korang ni. Jem aku kadang. Santai je Alam. Yang penting hati dan niat.
“Orang cetek ilmu akan persoalkan gambar ini tapi tak kata Alam betul juga. Mentaliti Melayu di Makkah atau Madinah jubah & serban. Kita manusia tak lari dari buat kesilapan.
“Lagipun, pakaian Alam tiada apa gambar makhluk yang bernyawa atau tanda unsur negatif,” tulis beberapa warganet lain.
Tidak berdiam diri, Alam tampil menjawab tindakannya memakai t-shirt, berseluar dan bertopi ketika beribadah di dalam Masjid Nabawi.
“Macam satu kesalahan teruk aku kena sebab solat kat Masjid Nabawi pakai t-shirt, topi dan seluar. Aku tutup aurat bukan bog3l.
“Cuba korang ke sini, ada je orang pakai apa yang dorang nak, janji bersih dari naj1s dan tutup aurat.
“Jangan rasa diri itu dah cukup sempurna. Sebelum menulis apa-apa, fikir jari korang nak jawab apa nanti depan Allah,” tulisnya dalam hantaran di Instagram Story.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Astro gempak
Leave a Reply