“Poligami Itu Tak Har4m, Saya Tak Menghar4mkan Poligami” – Puteri Sarah

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Puteri Sarah yang mengulas mengenai isu Abang Tesla menerima kecaman sehingga ada individu mendakwa kenyataan itu sebagai ‘over’.

Susulan kenyataan itu juga, individu berkenaan turut mendakwa kenyataan pelakon itu seolah mempengaruhi wanita lain. Malah, ada yang mendakwa penulisan Puteri Sarah itu dianggap angkuh.

Tidak hanya berdiam diri, Puteri Sarah tampil membidas kenyataan dua individu tersebut yang mendakwa dia cuba menghasut wanita lain untuk bercerai.

Menurut Puteri Sarah dia tidak mengharamkan poligami namun jika isteri yang dimadukan tidak mendapat nafkah zahir dan batin adakah mereka perlu berdiam diri sahaja.

“Poligami itu tidak haram dan saya tidak mengharamkan poligami. Nabi Muhammad adalah lelaki ” tapi tidak semua lelaki” boleh jadi seperti Nabi Muhammad.

“Isteri punya HAK untuk mendapatkan nafkah zahir dan batin. Dan jika wanita atau istri tidak mendapatkan nafkah zahir dan batin, apakah kita wanita perlu menjadi diam dan bodoh ?” tulisnya.

Puteri Sarah turut menegaskan poligami itu tidak salah namun menjadi salah apabila suami tidak menjalankan tanggungjawab mengikut syariat Islam.

“Dan jika sesuatu penceraian menjadikan kita lebih baik dan dekat kepada agama kenapa itu menjadi tidak boleh?  Silakan yang nak berpoligami itu tidak salah yang salah adalah lelaki yang berpoligami tapi tidak memiliki tanggung jawab sesuai syariat agama islam,” tulisnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata jika kenyataan balasnya itu dianggap negatif bermakna individu itu sendiri yang bermasalah serta menegaskan bahawa dia tidak menghasut sesiapa.

“Jadi kalau lelaki disini membaca ini dengan tanggapan negatif, berhati busuk maka anda lah yang bermasalah atau anda ada buat salah dengan isteri sampai TAKUT dengan statement ini.

“Saya tak menghasut sesiapa. Kalau awak rasa menghasut adalah tu kan….Faham ke tidak statement saya?” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*