Liang lahad indah berseri, tanah warna pelangi ‘sambut’ jen4zah Kapten Shahrul… Ustaz harap semua ambil iktibar

PUSARA Kapten Shahrul Kamal Roslan yang terkorban dalam nahas pesawat pada Khamis menjadi perhatian ramai kerana tanah di dalam liang lahadnya berwarna seakan-akan pelangi.

Video itu dikongsi sendiri oleh salah seorang penggali kubur sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang, pada Ahad.

“Hari ni dah masuk hari ketiga dah, jenazah yang ditunggu-tunggu, kapten kapal terbang tak kunjung tiba lagi. Kemungkinan, InsyaAllah lepas Zohor atau Asar hari ni, Ahad.

Tangkap layar video tular yang dikongsi oleh penggali kubur.

“Kebetulan hari ni ada satu lagi kem4tian. Seawal 7 pagi dah punchcard kat sini. Jadi, ada yang teruja dengan keindahan pelangi ni. Ini pandangan daripada dalam.

“Pandangan dari lubang kubur dia. Ia memang berlapis-lapis macam ni. Merah, coklat sikit, merah, hitam, ni kekuningan, sini hijau-hijau sikit dan membawa ke kuning. Ada lapan warna berbeza,” ujar penggali kubur itu.

Penggali kubur itu pada mulanya berada di bahagian atas sebelum dia masuk ke dalam liang lahad untuk membuat rakaman video dengan lebih dekat dan jelas.

Pandangan dari lubang kubur dia. Ia memang berlapis-lapis macam ni.

PENGGALI KUBUR

Video penggali kubur itu turut dikongsi semula oleh pendakwah Jafri Abu Bakar sehingga ia dihujani pelbagai komen netizen.

“Mudah-mudahan ia merupakan salah satu tanda-tanda husnul khatimah kepada si m4ti. Allah boleh bagi sebarang tanda supaya manusia yang hidup boleh ambil iktibar atas apa yang berlaku.

“Apabila dia men!nggal terb4kar, itu juga salah satu syahid. Mudah-mudahan akan dikurniakan oleh Allah kebaikan-kebaikan nanti di alam barzakh dan ki4mat. Mudah-mudahan kita semua ambil iktibar apa yang kita saksikan,” ujar Jafri mengulas video itu.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jafri Abu Bakar (@jafrimahmoodi)

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa sayu, tak kurang juga kagum dengan bukti kekuasaan Allah dalam video tular itu.

“MasyaAllah, AllahuAkbar, Allah mengetahui segala rahsinya terhadap hamba yang dipilih dan terpilih.

“Subhanallah Allahuakbar. Betapa indah kuburnya, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh, berada di taman-taman syurga.

“Subhanallah, seolah-olah kubur pun membuat persiapan untuk menyambut jenazahnya,” tulis netizen.

Pesawat dalam perjalanan Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah itu terhempas pada Khamis.

Selain Shahrul, 42, sembilan individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal m4ut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

Seramai 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal m4ut susukan nahas itu.

Turut terk0rban, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*