LAIN yang dirancang, lain pula yang terjadi.
Begitulah ungkapan yang boleh disimpulkan mengenai sambutan hari jadi seorang kanak-kanak perempuan, yang videonya tular di media sosial, baru-baru ini.
Mana tidaknya, gara-gara ‘kesilapan’ yang tidak disengajakan si ibu, sambutan hari istimewa tersebut tergendala buat seketika.
VIDEO;
@princesshermossa03 TOLONG BACA DULU🌺 Begini cerita nya sebalik bfday yg ala kadar tu tp meriah , aq sebenrnya x expect mcm ni semua salah aq la jg x dgr ckp suami ckp sru letak kn tutup mknn dlu , bukan apa ba xda ruang rumh kcik jd smua mknn pun letak jk la dekat kek sng crita smua kaut kt stu sj la mknn.. jd masa hbis sj tiup lilin nynyi smua tu , strt la sy letop kn tu tp x sgka smua pergi mknn lekat,, menyesal sy 😭 jd kerja dua kali nsb ada spre mknn lg d dapur tpksa sy hidang kt ttmu, yg mknn kena liplap tu sy cuci balik sy tpksa msak blik smua nasi sj sy buang bgian atas😭😂 dengan sy da bcantik2 tu ada plk sy p dapur ba masak blik😂😂suami sy marah muka nya ba tu dn tgok reaksi muka ku yg tabah sbb trima kenyataan smua salah ku😂😂cerita nya ni mhu ngis sm mhu ktwa pun ada😭😂 jd pengajaran nya jangan tiru macam sy ya ibu2 😂😂😂 buat letop2 ni klu blh tutup dlu atau tmpt lain dr mknn, tp sbnrnya bnyk kja jg liplap yg bertaburan tu stu kja pling geram sdh la aq xda vacum hmhhhhhhh penat menyapu😂😂😂😂😭😭ok la tu la sj luahan coretan sy ingt tau jd kn pngjaran korg ketawa awas ar🤪😂😂😂😂 #fyppppppppppppppppppppppp #bfdaygirl #barbieday #bfday_celebration #lucutiktok #lawakviralmalaysia #fypシ #fyptausugシ
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan si ibu berada bersama-sama anaknya di meja utama yang menempatkan kek hari jadi serta hidangan lain, menarik ‘party popper’ sehingga mengeluarkan kertas berkilat warna-warni dan bertaburan di atas makanan yang terdedah.
Dek kerana itu, sambutan hari jadi tergendala sebentar kerana mereka terpaksa membersihkan kawasan tersebut serta makanan terlebih dahulu.
Berkongsi cerita, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ruhainiz berkata, apa yang berlaku pada 17 Ogos lalu sememangnya satu kesilapan kerana teruja meraikan hari istimewa anak bongsunya.
“Masa menyanyi lagu hari jadi dan tiup lilin, sebenarnya saya acah-acah nak letupkan props tu. Sebelum ini masa hari jadi anak buah, mereka buat juga tetapi percikan kertas warna-warninya besar sikit jadi senang je kutip.
Majlis sambutan hari jadi diteruskan dan berjalan lancar selepas kejadian berkenaan.
“Ketika itu juga suami cadangkan tutup makanan dulu, tapi saya fikir tak mengapa. Tapi tak jangka masa saya letupkan props itu, kertas-kertas berkilat warna-warni yang keluar bersaiz kecil dan halus.
“Saya pun tergamam tengok ia berterbangan jatuh di atas makanan,” ceritanya mengimbas kembali momen ketika hari jadi anak bongsunya itu.
Tambah Ruhainiz yang menetap di Semporna, Sabah, dia dan suami serta dibantu dengan adik-beradiknya yang menjadi tetamu majlis itu membersihkan dahulu makanan dan kawasan ruang tamu rumahnya yang dipenuhi kertas berkilat warna-warni tersebut.
Alhamdulillah walaupun tergendala sekejap tapi sambutan berjalan dengan lancar selepas itu. Anak happy, semua dapat makan.
RUHAINIZ
“Dalam video nampak suami saya terus berlalu… ramai orang komen fikir dia marah. Sebenarnya dia ke dapur untuk ambil penyapu. Tak marah-marah pun.
“Kemudian saya, suami, adik-adik bersihkan tempat itu, makanan saya pergi bersihkan dan masak semula. Tapi untuk tetamu, saya hidang makanan yang masih berlebih di dapur sebab saya masak banyak juga.
“Alhamdulillah walaupun tergendala sekejap tapi sambutan berjalan dengan lancar selepas itu. Anak happy, semua dapat makan.
“Saya muat naik video itu dengan niat mahu beritahu, sesiapa pun boleh jadi lupa atau tak sengaja. Jadikan pengajaran, jangan buat seperti yang saya buat. Nak letupkan props tu jangan depan makanan atau tak payah letupkan. Nanti menyesal macam saya,” ujarnya yang bekerja sebagai seorang jurusolek sambilan di Sabah.
Ruhainiz bersama anak bongsunya yang meraikan ulang tahun yang ke-4, baru-baru ini.
Tidak menyangka videonya meraih sehingga 6.9 juta jumlah tontonan di TikTok, Ruhainiz berkata dia menyedari ramai yang memberi komen berbaur kecaman terhadapnya, namun mengambil pendekatan berlapang dada.
VIDEO;
@princesshermossa03 kenangan foto bday tiara ku sayang💕#birthdaygirl #fyp #fyptiktokmalaysia #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #tausugtiktok
“Pasal netizen, sebenarnya saya ‘koyak’ juga baca pedas-pedas semua komen mereka tapi saya terima dengan hati terbuka.
“Saya tak marah pun sebab tahu salah saya. Apa pun ambil pengajaran daripada kisah tersebut,” akhirinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply