‘Jangan nak buat appreciation post kalau dah niat nak menduakan dia’ – Shila Amzah kr!tik post Abang Tesla isu nikah kali kedua

Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai ‘Abang Tesla’ mengejutkan ramai pihak apabila dia mengumumkan berkahwin untuk kali kedua menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Abang Tesla turut mendedahkan, perkahwinannya kali kedua itu telah mendapat restu dari isteri pertama.

Terdahulu, Abang Tesla memuat naik video dia dan isteri pertamanya selesai solat Subuh berjemaah bersama-sama. Momen tersebut dirakamkan tiga jam sebelum akad nikah kali kedua.

@abg.tesla

Isteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

“Tiga jam sebelum penikahan kali kedua, solat Subuh sama-sama sambil diiringi air mata. Mungkin ramai yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri, tapi saya tidak akan membelakangi isteri saya.

“Isteri saya sangat reda, dan sangat menjaga aib suami dia. Tipulah kalau dia tak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia tentang hasrat saya,” katanya.

Sejurus majlis selesai, Abang Tesla berkata dia terus mendapatkan isteri pertamanya bagi memastikan emosi isteri pertama tidak terganggu.

Berita pernikahan kali kedua Abang Tesla ni mengundang emosi netizen terutamanya wanita.

Bukan itu sahaja, isu itu juga menarik perhatian penyanyi Shila Hamzah yang mengkritik Abang Tesla melalui hantarannya di aplikasi X.

“Kalau you betul sayang isteri pertama, takdenye nak kahwin isteri kedua. Walaupun dapat izin dari isteri pertama tu. Eh! Baran eh tengok TikTok ni hari.

“Fikir logik je la, Jangan nak buat appreciation post panjang berjela nak tunjuk how you appreciate your first wife when you’ve decided untuk menduakan dia,” katanya.

Sumber: Abang TeslaShila Amzah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://thereporter.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*