Mak Wan Latah tak serik kahwin lagi, mahu cari suami atas pilihan sendiri… “Bagi gambar lain, jumpa orangnya lain”

SELEPAS melalui episod hit4m kegagalan dalam rumah tangga, pelakon veteran Mak Wan berkata dia tidak pernah serik untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Kata Mak Wan atau Halimatussa’diah Mohd Daud, 62, dia tidak mampu untuk menolak takdir sekiranya suatu hari nanti bertemu jodoh baharu dan kembali bergelar isteri.

Meletakkan soal jodoh sebagai ketentuan takdir, Mak Wan bagaimanapun berkata sekiranya ingin mencari pengganti biarlah atas pilihannya sendiri.

Mak Wan reda dengan ujian yang diterima.

“Kita tidak boleh nak menolak takdir. Nak kata serik memang serik apa yang berlaku tapi ketentuan Allah kita tak tahu sebab itu Allah bagi ujian.

“Saya reda. Nak tolak (jodoh) itu tidak. Biarlah saya cari calon sendiri. Kalau dipadankan, dia bagi gambar lain, nanti jumpa orangnya lain.

“Apa-apa pun soal jodoh saya serah ketentuan-Nya,” katanya.

Berkongsi kisah perkahwinannya sebelum ini yang hanya bertahan tiga bulan, pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 ini berkata kesibukan kerja membuatkan mereka tidak dapat meneruskan hubungan itu.

Saya reda. Nak tolak (jodoh) itu tidak. Biarlah saya cari calon sendiri.

MAK WAN

PELAKON

Reda ikatan perkahwinan dengan Husain Dolah tidak bertahan lama, Mak Wan berkata dia menerima perpisahan itu dengan hati terbuka.

“Itulah namanya jodoh. Allah mungkin menguji rumah tangga saya untuk cuba bertahan dalam masa setahun… tetapi tidak sampai.

“Perkahwinan saya hanya bertahan selama tiga bulan. Dalam tempoh perkahwinan itu juga, saya hanya bertemu dengannya selama tiga hari.

Perkahwinan Mak Wan dan Husain hanya bertahan selama tiga bulan.

“Saya banyak berada di KL kerana menjalani penggambaran drama. Saya suruh dia (suami) datang KL, dia tak mahu… Saya reda dan terima dengan rela hati,” ujarnya.

Untuk rekod, Mak Wan mendirikan rumah tangga dengan Husain pada 22 Januari tahun lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Pasangan ini bercerai pada 21 April tahun sama di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*