PENYANYI Shila Amzah berharap orang ramai mendoakan kebahagiaan orang tuanya selepas ibunya iaitu Fauziah Sarman mendedahkan sudah bercerai dengan Datuk ND Lala.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, sebagai anak dia tidak mampu memaksa ibu bapanya terus bersama susulan mereka berdepan dengan pelbagai kemelut rumah tangga sebelum ini.
Pada tahap ini kata Shila, dia berharap perpisahan itu akan memberi kebahagiaan kepada ibu bapanya selepas ini.
“Anda semua janganlah risau akan mak saya, doakan yang baik-baik. Sebab pada akhirnya, orang nak bercerai ke, kahwin ke… itu semua jodoh.
Shila berharap ibu bapanya menemui kebahagiaan selepas ini.
“Kita sebagai anak takkan nak paksa mereka bersama… Anak-anak semua sudah besar.
“Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing… Lantaklah mereka. Pergilah cari masing-masing punya kebahagiaan,” katanya.
Shila bekongsi perkara itu ketika membuat video siaran langsung bersama suami iaitu Ubai di TikTok pada malam Rabu.
Semasa siaran langsung berkenaan, Shila dan Ubai menerima pelbagai pertanyaan daripada pengikut mereka berhubung rumah tangga Fauziah dan ND Lala.
Dalam pada itu, Shila berkata, sebagai anak sudah semestinya dia sedih dengan penceraian ibu bapanya.
Bagaimanapun, dia percaya perpisahan yang berlaku adalah terbaik buat kedua-duanya selepas sudah cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.
“Tipulah kalau anak-anak tak sedih tapi pada masa sama, kami pun serabut tengok mereka bergaduh.
“Jadi lantaklah mereka. Memang tak boleh nak buat apa… Kalau setakat itu, setakat itu sahaja (jodoh). Mereka sudah cuba,” ujarnya.
Shila jawab soalan mengenai penceraian ibu bapa mereka menerusi TikTok.
Sementara itu, Ubai sebagai menantu pula meminta orang ramai agar mendoakan kebahagiaan ibu bapa mentuanya itu.
“Mereka hanya perlukan sokongan daripada anak-anak dan orang ramai sahaja. Sokong dan doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka,” luahnya.
Pada pagi Rabu, Fauziah berkongsi sudah bercerai menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya bagi mengelak kekeliruan mengenai status mereka.
Kata Fauziah, ND Lala telah melafazkan talak terhadapnya di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan hanya memaklumkan perkara itu menerusi WhatsApp pada Selasa lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply