Gambar b*gel adik perempuan tersebar! Paling s4dis dapat ke tangan bakal mentua selepas majlis tunang

SEMAKIN hari semakin ramai yang begitu mudah berkongsi gambar ‘nakal’ dengan pasangan masing-masing.

Lebih parah apabila segelintirnya dengan rela hati sudi menghantar foto b*gel untuk tatapan yang tersayang.

“Abang janji lepas tengok, abang delete,” demikian antara janji manis untuk memperdaya seseorang berkongsi foto tidak sen0noh yang akhirnya mengundang p4dah.

Menerusi satu hantaran, pengguna Twitter berkongsi luahan seorang individu mengenai adik perempuannya yang baru melangsungkan pertunangan.

Namun, keterujaan si adik yang bergelar tunangan orang bertukar mimpi ngeri apabila berdepan dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka.

“Adik perempuan aku berusia 31 tahun baru je bertunang. Tiba-tiba ada satu akaun anonymous (tidak dikenali) hanyar gambar b*gel adik aku dekat kakak kepada tunang dia.

“Keluarga tunang bagi gambar tersebut kepada mak ayah aku,” tulisnya.

Gambar b*gel tersebut kini tersebar kepada kedua-dua keluarga. -Gambar hiasan

Seperti dijangka, keluarga tunang adiknya amat terkejut menerima gambar tersebut.

“Keluarga tunang terkejut, keluarga kami lagi la sampai tak pasti nak beri reaksi macam mana.

“Aku tak tengok gambar tu, semua cuba sembunyi. Tapi itulah, kedua-dua keluarga dah tahu,” ujarnya lagi.

Tangkap layar pendedahan tersebut yang dimuat naik menerusi satu ciapan di Twitter dikongsi lebih 2,000 kali.

“Banyak pengajaran daripada kisah ini. Ambil pengajaran, jauhi mengecam,” tulis pengguna Twitter berkenaan.

Member tu baru nak mendirikan masjid, berat dugaan kedua-dua belah pihak.

NETIZEN

Di ruangan bebenang, segelintir netizen bersimpati dengan nasib pasangan tunang yang diuji dengan perasaan iri hati dan dengki orang lain yang mahu menghancurkan hubungan mereka.

“Si lelaki dan keluarga mesti sedih sangat. Hantaran mahal, tiba-tiba gambar b*gel semua orang tengok dulu. Percuma pula tu.

“Aduhai semoga baik-baik sahaja. Member tu baru nak mendirikan masjid, berat dugaan kedua-dua belah pihak.

“Kalau perempuan tu dah berubah, agak kasihan. Tapi kalau dia masih lagi buat benda tu mungkin peringatan untuk dia dan tunang,” komen netizen.

Seorang gadis sedih selepas menerima berita yang mengejutkan. -Gambar hiasan

Selain itu, pelbagai reaksi netizen mengenai kemungkinan situasi yang dihadapi si adik boleh berlaku termasuk menjadi mangsa foto yang telah disunting menggunakan teknologi terkini.

“Zaman sekarang ada dua kemungkinan, orang hantar gambar b*gel yang mangsa pernah hantar dulu atau orang hantar gambar b*gel guna deepfake (edit).

“Berterus-terang, kalau ada jodoh kahwin la. Percaya Tuhan itu sebaik-baik perancang. Kalau bersalah, bertaubat. Kalau teraniaya, bersabarlah

“Jika bercinta dengan seseorang, jangan sesekali mudah ikut cakap boyfriend kalau diminta untuk hantar gambar s3ksi. Lelaki pula selagi tak dapat, merajuk. Biarkan dia merajuk dan tinggalkan dia. Lelaki yang baik masih ramai.

“Zaman sekarang boleh edit kan. Mesti dengki sebab perempuan tu nak kahwin dengan orang lain,” demikian antara komen netizen.

Sebagai peringatan, menyeb4rkan gambar b*gel boleh disabit kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukvman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*