Anne Ngasri tak sangka terima pingat kebesaran, diundang majlis istiadat semasa di Makkah

BERKAT usaha dan sumbangannya kepada masyarakat, pelakon Datin Anne Ngasri dikurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bersyukur atas kurniaan pingat kebesaran itu, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 39, memberitahu dia sudah menerima anugerah berkenaan pada 2022.

Bagaimanapun memandangkan negara sedang berdepan pandemik c0v1d-i9, majlis penganugerahan itu terpaksa ditangguhkan sehingga Julai.

anne1

Anne bersama kakaknya Darling Ngasri.

“Pertama kali Alhamdulillah syukur, saya pun sebenarnya tidak menyangka diberi pingat kebesaran ini.

“Sebenarnya anugerah ini saya terima pada tahun 2022 tetapi disebabkan PKP ia terpaksa ditangguh dan dibawa ke tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Cili Padi ini memberitahu dia menerima surat pengesahan dan undangan istiadat penganugerahan itu sewaktu menunaikan ibadah haji pada Jun lalu.

“Macam kita semua tahu kadang kala ada juga pengiktirafan yang tidak sah dan semasa dimaklumkan tahun lalu hanya reda sahaja.

Sebenarnya anugerah ini saya terima pada tahun 2022 tetapi disebabkan PKP ia terpaksa ditangguh dan dibawa ke tahun ini.

DATIN ANNE NGASRI

PELAKON

“Tapi syukur Alhamdulillah sewaktu saya di Makkah tempoh hari, saya dapat surat pengesahan itu sekali lagi.

“Maknanya betullah saya telah menerima pingat itu,” ujarnya.

Sementara itu, Anne berkata pengiktirafan yang diterima ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangatnya untuk lebih memberikan sumbangan dan bakti kepada masyarakat.

anne22

Anne bersyukur atas pengiktirafan yang diterima.

Dia juga akan meneruskan kerjaya dalam bidang hiburan dan dalam perancangan untuk menerbitkan lebih banyak filem.

“Semestinya apabila sudah mendapat penghargaan begini, ia merupakan satu suntikan semangat yang mendorong saya untuk lebih menabur jasa kepada bangsa, negara dan agama.

“Alhamdulillah saya sudah menghasilkan sebuah filem daripada syarikat saya sendiri… mungkin selepas ini saya dapat menghasilkan lebih banyak lagi filem,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*