Pelawak dan penyampai radio Shuib menunaikan janji bertemu dengan kanak-kanak yang mirip wajahnya seperti Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu adik Nur Miza Najla Mustaffa.
Giliran Shuib jumpa
Menerusi hantaran di TikTok, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Mokder berkongsi video yang memaparkan momen Shuib, 39, dan adik Miza bertentang mata di sebuah restoran.
VIDEO;
@suciuwais Pertemuan yang tak disangka 🥺 #sitisarahraisuddin #shuibsepahtu #adikmiza #makder #fyp
Dalam pertemuan berharga itu, Shuib ditemani isterinya, Watie Hanifiah bersama anak-anak serta Raisuddin Hamzah.
Alhamdulillah terlalu besar rezeki ini, dapat berjumpa lagi, kali ini bersama satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan.
Cara Shuib pandang
Apa yang menarik perhatian warganet apabila Shuib menyebut perkataan ‘ibu’ ketika adik Miza masuk ke ruang makan dan matanya ‘tidak lari’ dari terus memandang.
Di ruangan komen, rata-rata peminat sebak melihat respon spontan pemilik nama Shahmira Muhammad yang rindu dengan arwah Siti Sarah.
Sebelum ini, Raisuddin sanggup meredah perjalanan selama tujuh jam bertemu seorang kanak-kanak seiras anak perempuan tunggalnya.
Terdahulu Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011, namun Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan c0v1d-i9.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata Uwais lqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq m4tin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Kemudian, Shuib berkahwin dengan usahawan, Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu.
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Ohbulan
Leave a Reply