[VIDEO] Pengantin lelaki terlebih semangat, pec4hkan meja akad nikah

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang pengantin lelaki secara tidak sengaja memec4hkan meja kaca yang digunakan semasa upacara akad nikah, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @undercover.id, sesi akad nikah itu pada awalnya kelihatan tenang dan lancar.

Namun, selepas pengantin lelaki selesai membaca lafaz kabul sambil memegang tangan wali, dia menghemp4skan tangannya ke atas meja kaca dengan bersemangat.

Hentakan itu menyebabkan kaca pada meja tersebut pec4h dan mengejutkan orang ramai.

Pengantin lelaki tersebut bagaimanapun kelihatan ketawa selepas acara itu selesai.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KRITIS, INFORMATIF, EDUKATIF (@undercover.id)

KOMEN NETIZEN;

“Selepas akad nikah suruh dia ganti kaca meja itu,” kata seorang netizen.

“Mas kahwin 300,000 rupiah (RM90), ganti meja 650,000 rupiah (RM196),” komen netizen lain secara berseloroh. – Agensi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://www.kosmo.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*