[VIDEO] Fadlan Hazim Selamat Bergelar Suami Kepada Wanita Kazakhtan

PELAKON Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Aiya Mukhamedsalova, 29, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.27 pagi Ahad.

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 31, dinikah oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi.

Meluahkan rasa syukur, Fadlan lega akhirnya urusan pernikahan dengan wanita warga Kazakhstan itu dipermudahkan.

“Syukur semua berjalan lancar. Selama tujuh bulan uruskan majlis. Akhirnya selamat bergelar suami.

“Banyak yang perlu dilakukan untuk bernikah terutama dari segi dokumen,” katanya kepada mStar.

fadlan nikah

Fadlan pilih Aiya jadi teman hidupnya.

Pada majlis berkenaan Fadlan menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin emas.

Fadlan turut menyerah lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan.

Dalam acara serba ringkas itu, hanya keluarga serta teman rapat sahaja yang hadir meraikan kedua mempelai.

Banyak yang perlu dilakukan untuk bernikah terutama dari segi dokumen

FADLAN HAZIM

PELAKON

Resepsi pasangan ini akan diadakan pada Oktober di Kuala Lumpur.

Keluarga Aiyan bagaimanapun tidak hadir pada majlis berkenaan.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :MSTAR

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*