“Balik La Fatin” – Beg Sandang Berisi Duit, ‘Name Tag’ Ditemui Di Lokasi SAR Tragedi Kepala Air

Hujung minggu lalu, negara dikejutkan dengan kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman yang mer4gut ny4wa 9 sekeluarga termasuk seorang bakal menantu.

Setakat ini, pihak bomba telah menemui 9 m4yat dan seorang lagi m4ngsa masih hilang.

Terbaru, Harian Metro melaporkan, pasukan pencarian menjumpai sebuah beg sandang jenama Gregory berisi wang dan dokumen penting dipercayai milik si bapa, Karim Abdullah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, di dalam beg sandang itu terdapat wang tunai sebanyak RM1,279, kad perkahwinan, jam tangan, telefon bimbit dan seutas kalung.

Beg itu ditemukan di tebing pasir pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian pada 12 tengah hari semalam.

Selain itu, pasukan penyelamat juga menemui tanda nama “Fatin” dipercayai milik satu-satunya m4ngsa yang masih hilang iaitu Putri Nor Fatin Karim dan beg duit jenama Michael Kors.

VIDEO;

@mr.conan_88

#fyp #folow

♬ Ku Teruskan – Sarah

Dalam perkembangan terkini, operasi SAR diteruskan dengan skala lebih kecil dan secara pemantauan harian oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dan BBP Chukai.

Kredit: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://ohmedia.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*