Hasrat Raisuddin Hamzah untuk bertemu kanak-kanak perempuan yang memiliki wajah mirip anaknya, Allahyarham Siti Sarah akhirnya dimakbulkan.
Isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Saberi memuat naik video pertemuan mereka ketika mengunjungi kediaman kanak-kanak perempuan bernama Miza itu di laman Instagram hari ini.
VIDEO;
View this post on Instagram
Siti Fatimah berkata, dia menganggap pertemuan kedua-dua keluarga itu adalah rezeki meskipun mengambil masa tujuh jam untuk tiba ke destinasi dipercayai di Kedah.
“Rezeki dapat jumpa adik Miza. Tujuh jam perjalanan ke sini sebab suami nak sangat jumpa,” tulisnya.
Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, anak sulung Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni turut hadir yang kelihatan tersipu-sipu malu sebaik bertentangan mata dengan kanak-kanak tersebut.
Raisuddin yang dilihat duduk santai sambil bersembang kemudian menyifatkan Miza mempunyai gigi yang sama seperti Allahyarham Siti Sarah.
Melihat di ruangan komen, Shuib ada meninggalkan pujian terhadap kanak-kanak berkenaan yang dikatakan comel, sama seperti Allahyarham Siti Sarah sewaktu kecil.
Comel macam arwah masa kecil
Sementara itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad juga memuat naik sebuah hantaran memaparkan dirinya sedang membuat panggilan video bersama kanak-kanak itu.
Terdahulu, Miza menjadi tular di aplikasi TikTok selepas seorang ahli keluarganya memuat naik beberapa video mengatakan wajah kanak-kanak tersebut tidak ubah seperti Allahyarham Siti Sarah.
Shuib pula buat ‘video call’
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Makder & Shuib, TikTok @atyra.am__
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://ohmymedia.cc/
Leave a Reply