Selain dituduh berkahwin dengan pelawak Shuib kerana harta, ada juga yang menyifatkan Watie Hanifiah sebagai gedik selepas tular video dia dan rakan-rakan meraikan parti bujang.
Entah kenapa walaupun sudah mendirikan rumah tangga, Watie , 35, masih menjadi bahan cemuhan netizen.
Sedutan ‘Walimatulurus Shuib & Watie’ yang disiarkan di Astro Ria ini mungkin akan mengubah persepsi ramai.
IG
Watie mendedahkan dia mempunyai seorang kakak kurang upaya (OKU) yang lumpuh sepenuhnya sejak kecil dan sepanjang 30 tahun menguruskan kakaknya, keluarga mereka benar-benar memberikan penjagaan rapi.
Maka, sebab itulah dalam urusan mencari pasangan hidup pun, Watie cuba memilih calon yang boleh menerima baik keadaan kakaknya dan Watie melihat pelakon dan penyampai radio itu menepati ciri yang dicarinya.
VIDEO;
@shintamasheeta semoga Allah merahmati mu aminnn#shuibwatie #shuibsitisarah #watiehanifiah #shuib
Menerusi ruangan komen, ramai kagum dengan keluhuran hati Watie yang sabar menguruskan kakaknya itu.
Walaupun kerap dikecam, selepas menonton rancangan itu ramai netizen beranggapan Watie adalah jodoh terbaik buat Shuib.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://b.cari.com.my/
Leave a Reply