‘Ada sesiapa di sini nak berkahwin dengan saya?’ – Inspektor Sheila cari lelaki yang sudi berkahwin dengannya

Inspektor Sheila yang sebelum ini menjadi tajuk berita utama berhubung tindakannya menengking dan mengugut anggota bawahan berpangkat Lans Koperal, sekali lagi menjadi bahan bualan netizen.

Dua hari lalu, Sheila melalui hantarannya di Facebook menyatakan hasratnya untuk mencari pasangan hidup. Malah, Sheila turut menetapkan beberapa syarat untuk golongan lelaki yang berminat.

“Ada sesiapa di sini (media sosial) yang nak berkahwin dengan saya? Beritahu saya di bahagian komen, kita akan keluar bersama untuk menguji keserasian.

“Juga, lelaki itu perlu melepasi semua syarat yang telah saya tetapkan. Seterusnya berjumpa dengan ayah saya untuk meminta persetujuan dan restu daripadanya,” katanya.

Menurut Sheila, hanya mereka yang meninggalkan komen di ruangan tersebut yang boleh keluar bersama dengannya. Keutamaan diberikan kepada lelaki bujang.

“Ini terpakai untuk semu lelaki bujang tanpa mengira umur, bangsa, agama, kerjaya, lokasi dan lain-lain. Jadi, tunggu apa lagi?

“Letakkan komen ‘Yes’ anda di ruangan komen dan saya akan hantar mesej peribadi kepada anda. Itu sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Sheila hanya membuat tawaran terbuka itu dalam 24 jam sahaja.

Di ruangan komen, ramai netizen yang mengucapkan selamat maju jaya kepada Sheila. Ada yang berharap Sheila dapat menemui jodoh yang setara dengannya, termasuk mampu bertahan dengan ketegasannya.

Sumber: Facebook Sheila

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://thereporter.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*