PETALING JAYA – Genap seminggu demam, anak perempuan kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara sejak kelmarin.
Khabar berkenaan dikongsikan penghibur terbabit yang mendoakan puteri sulungnya itu kembali sihat seperti sedia kala.
“Aafiyah anak ibu masuk wad setelah seminggu demam. Cepat sihat anak ibu. Jantung hati ayah.
Cepat sembuh sayang,” kongsinya menerusi ruangan InstaStory semalam.
Siti turut berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan Aafiyah atau nama penuhnya Siti Aafiyah Khalid sedang mendapatkan rawatan.
Pada masa sama, penyanyi Biarlah Rahsia itu mendedahkan ini kali pertama dia menguruskan proses kemasukan ank ke wad tanpa ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
Difahamkan Datuk K sudah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji tahun ini sehari sebelum Aafiyah ditahan di hospital.
“Pertama kali ibu bawa Aafiyah ‘admitted’ tanpa ayah tetapi Aafiyah berani pun menangis (sambil) tutup mata,” katanya.
Sebelum ini, si kecil berusia lima tahun itu pernah dimasukkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan selepas terjatuh daripada skuter sekitar Februari lalu.
Selain Aafiyah, rumah tangga Siti dengan Datuk K dikurniakan seorang putera, Muhammad Afwa, 2. –
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :KOSMO! ONLINE
Leave a Reply