USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida berkongsi detik cemas apabila kenderaan jenis Toyota Vellfire miliknya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor pada Isnin lalu.
Menceritakan detik cemas itu, Vida atau Hasmiza Othman, 52, berkata, punca kemalangan itu disebabkan sebuah kereta tiba-tiba menukar lorong tanpa memberikan signal membuatkan pemandunya gagal mengelak.
Kemalangan itu katanya turut melibatkan tiga buah kenderaan lain namun kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kenderaan masing-masing rosak akibat dilanggar.
“Sewaktu itu ada penyelenggaraan jalan dan terdapat kon pada pembahagi jalan. Secara tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu seorang wanita membelok ke kiri tanpa memberikan signal.
Vida syukur terselamat dalam kemalangan yang turut melibatkan tiga kenderaan lain.
“Malah kereta itu juga brek secara mengejut dan menyebabkan kereta di depan kami juga brek mengejut.
“Saya langsung tidak keluar daripada kereta sebab takut jadi bergaduh pula. Mereka pun tidak tahu kemalangan itu melibatkan saya,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Vida berkata, kejadian yang berlaku sekitar pukul 12 tengah hari itu turut membuatkan dia tercampak daripada tempuk duduknya di bahagian belakang kenderaan.
Kata Vida, biarpun kereta miliknya dalam keadaan agak teruk, namun bersyukur kerana tiada kecederaan berat menimpanya dan tiga lagi pekerja yang turut berada dalam kenderaan sama.
“Sewaktu perlanggaran berlaku, saya tercampak ke depan iaitu di antara kerusi pemandu dan penumpang di bahagian depan.
“Nasib baik kereta tidak laju, jadi saya tercampak sahaja dan tiada kecederaan melainkan kaki terseliuh sedikit.
Nasib baik kereta tidak laju, jadi saya tercampak sahaja dan tiada kecederaan melainkan kaki terseliuh sedikit.
DATUK SERI VIDA
USAHAWAN
“Mujur kepala saya tidak terhantuk pada kerusi bahagian penumpang di depan. Alhamdulillah, saya masih dilindungi walaupun kereta saya remuk teruk juga,” katanya.
Sementara itu, Vida berkata, dia tidak berani memberitahu anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak tentang kejadian menimpanya dan hanya memaklumkan perkara itu pada sebelah malam selepas kemalangan.
Kata Vida, dia tidak mahu anak-anaknya berasa bimbang dan menanti keadaan tenang sebelum memberitahu mereka.
Vida tidak memaklumkan kejadian kepada anak-anak kerana tidak mahu mereka risau.
“Saya beritahu anak-anak saya pada malam kejadian kerana tidak mahu mereka berasa risau.
“Bila keadaan sudah tenang, baru saya ambil keputusan untuk beritahu Cik B dan Kacak. Itu pun mereka sudah panik dan sedih mendengar khabar saya ditimpa kemalangan,” katanya.
Sebelum itu, Vida berkongsi sebuah video di Instagram miliknya yang memaparkan keadaan kereta selepas berlakunya kemalangan.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Vida memberitahu semuanya berada dalam keadaan selamat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :mstar
Leave a Reply