[VIDEO] Penyanyi Selamba Tuntut Hutang Dekat Pengantin Di Majlis Kahwin

 

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan penyanyi dangdut Indonesia menuntut hutang dari pengantin perempuan di majlis perkahwinannya.

Tuntut hutang atas pelamin

Penyanyi dangdut yang dikenali sebagai Ayu mendakwa pengantin perempuan, Dewi telah meminjam wangnya sejak tahun 2021 yang berjumlah RM5,500.

Selepas daripada itu, Dewi langsung tidak membayar dan hanya mendiamkan diri. Malah setiap kali ingin bertemu, Dewi akan mengelak. Menurut Ayu lagi, bukan hanya dirinya menjadi mangsa malah ramai lagi rakan mereka turut menjadi mangsa ‘tipu’ wanita terbabit. Ujar Ayu, dia tidak sangka wanita yang sudah lama dikenalinya itu tergamak menipu dirinya.

Sudah lama bersabar dan tidak menemui cara lain, Ayu akhirnya nekad menagih hutang daripada Dewi di majlis perkahwinannya. Menerusi video yang dikongsikan, Ayu yang hadir ke majlis tersebut telah berjumpa pengantin perempuan di atas pelamin untuk menuntut hutangnya.

Ayu yakin wang tersebut digunakan Dewi untuk keperluan peribadinya seperti pergi melancong dan sebagainya. Ayu juga berpendapat kemungkinan majlis perkahwinan tersebut adalah hasil wang yang dipinjam Dewi.

Video

Sumber: Bogor Tribunnews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*