DALAM kesibukan dengan pelbagai aktiviti seni, pelakon Puteri Sarah Liyana sempat meluangkan masa menghadiri majlis pernikahan teman baiknya yang juga aktres Janna Nick yang diadakan di Pulau Langkawi, Kedah pada pagi Sabtu.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia tumpang gembira dengan perkahwinan Janna dengan aktor Dinni Schatzmann dan berharap pasangan itu kekal bahagia sehingga ke syurga.
Namun apa menarik perhatian, Puteri Sarah sempat meminta pengikutnya mendoakan dirinya agar dapat bahagia seperti sahabatnya itu.
Sarah kongsi sekitar majlis rakan baiknya, Janna.
“Tahniah love Janna dan Dini. Semoga berkekalan hingga ke jannah. Doakan saya pula,” katanya.
Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan acara bersalaman di antara mempelai.
Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu turut berkongsi suasana dan detik indah majlis tersebut buat tatapan pengikutnya di media sosial.
Antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut adalah Shila Amzah bersama tunang, Ubai, Nora Danish, Erni Zakrie dan ramai lagi.
Pada pagi Sabtu, Janna dan Dini disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid A’isyah Sungai Menghulu, Pulau Langkawi.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan bersaksikan pengerusi masjid berkenaan, Othman Yahya.
Majlis resepi Janna dan Dini.
Berita pernikahan pasangan itu mengejutkan peminat memandangkan sebelum ini hubungan cinta di antara mereka dilaporkan sudah berakhir pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun tindakan Dini memuat naik gambar menampakkan bahu seorang wanita dipercayai Janna pada sambutan Aidilfitri lalu membuatkan peminat percaya mereka sudah kembali bersama.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :mstar
Leave a Reply