[VIDEO] Kelakarnya! Tunjuk Tutorial Pakai Tudung, Gelagat Izara Aishah Bikin Netizen Berdekah

Pelakon dan usahawan jelita, Izara Aishah sekali lagi mencuri perhatian selepas sesi siaran langsung berkenaan tutorial memakai tudung dibawah jenamanya dikongsikan semula oleh peminatnya di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Izara kelihatan memakai jubah berwarna hitam sambil menunjukkan cara yang betul memakai tudung segera (instant shawl) labuh berwarna merah jambu keluaran terkini miliknya.

Namun, apa yang mencuit hati adalah gelagat aktres itu yang kelihatan serius ketika memberi penerangan membuatkan rata-rata pengikutnya terhibur.

“Buat lawak tapi muka tenang,” tulis pada kapseyn berkenaan.

Dalam pada itu, Izara juga sempat berseloroh apabila memaklumkan kepada peminatnya supaya memastikan anak tudung tersebut terletak kemas sebelum menyarungkan shawl berkenaan agar tidak kelihatan seperti makhluk kerdil dalam siri dongeng popular, Snow White iaitu Dwarf.

“Pakai dia kena adjust betul-betul ye anak tudung ni terutamanya dekat dahi.

“Jangan bila pakai tu anak tudung tu biarkan je terus bawak naik shawl, kan nampak macam yang dok duduk dalam gua ketuk-ketuk batu tu sama lah (Dwarf nama dia).

“So, adjust dulu jangan jadi macam tu. ADJUST!,” katanya.

VIDEO;

@aisyahradenn

Buat lawak tapi muka tenang 😭🤚🏻 #artismalaysia🇲🇾 #lawakgila #izaraaishah #izaraaishahfans #fyp

♬ Funny Song – Cavendish Music

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan lebih 77,000 tanda suka beserta komen netizen.

KOMEN NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.xtra.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*