BAPA kepada pelakon Amar Baharin iaitu Mohd Baharin Amir meninggal dunia pada pagi Khamis.
Amar, 38, memaklumkan pemergian Allahyarham menerusi Instagram miliknya namun tidak dinyatakan punca kem4tian bapanya.
Pelakon itu menerusi hantaran berkenaan turut memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala d0sanya.
“Assalamualaikum. Saya Amar ingin memaklumkan pada semua yang mengenali ayah saya Mohd Baharin Amir, ayah saya telah meninggal dunia.
“Mohon doakan arwah semoga Allah ampunkan segala d0sa-d0sanya dan andai ada d0sa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini.
“Dan Andai ada kata ada pahala dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran anda semua, mohon disedekahkan kepada arwah,” katanya.
Sementara itu, Amar memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid Sungai Sekamat Kajang untuk diuruskan sekitar pukul 9 pagi sebelum dikebumikan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :mstar
Leave a Reply