“Walaupun dikec4m, tawaran buat persembahan datang mencurah-curah” – Hattan

Penyanyi veteran, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin mendedahkan dia masih terima banyak tawaran persembahan meskipun terpalit dengan kontroversi hangat.

Menurut laporan Berita Harian, isu bersama seorang pembaca berita sebelum ini tidak pernah menjejaskan kariernya sebagai penggiat seni malah, tidak putus-putus terima tawaran kerja.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang berusia 59 tahun itu turut menafikan khabar angin mengenai Konsert Sifu & Aku 38 di Sabah dan Sarawak yang dijadual, bulan ini dibatalkan.


“Konsert itu tidak dibatalkan tetapi ditunda atas beberapa faktor termasuk perginya ‘orang kuat’ konsert, iaitu Allahyarham Sham Amir Husain yang meninggal dunia, Mac lalu.

“Sambutan peminat sangat menggalakkan apabila dimaklumkan tiket berharga RM1,000 dan RM188 habis terjual.

“Alhamdulillah, walaupun dikecam, tawaran buat persembahan datang mencurah-curah. Setiap hari ada sahaja ‘job’ diterima daripada kerajaan dan sektor swasta,” katanya.

Terdahulu, nama Hattan telah menjadi bualan hangat ramai selepas bertindak ‘menyekolahkan’ seorang penyampai berita yang gagal menjawab soalannya mengenai pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC.

Susulan itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi yang berusia 59 tahun itu yang didakwa tidak profesional dan tidak beradab ketika menjawab soalan.

Bahkan, baru-baru ini juga isteri Hattan iaitu Arianie Abidin telah menerima ugutan bunuh dan santau daripada individu yang tidak dikenali menerusi mesej di laman Instagram.

Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://ohmymedia.cc/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*