Seperti yang diketahui ramai, kekasih hati kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai telah pun selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepalanya di sebuah hospital swasta.
Syukur tak hilang ingatan
Terbaru, menerusi satu hantaran di Intagram story, Shila menitipkan rasa syukur selepas proses pembedahan kekasihnya itu berjalan dengan lancar.
Pelantun lagu Memori Tercipta itu juga berasa lega kerana Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli tidak hilang ingatan selepas pembedahan tersebut.
Doakan sayang saya ni segera sembuh, nasib baik laaaa dia tak hilang ingatan lepas pembedahan hari itu.
Dalam pada itu, Shila turut mendedahkan bahawa bakal suaminya itu kini dilaporkan mempunyai ketumbuhan di bahagian mata sehingga menyebabkan organ tersebut menjadi senget.
Namun begitu, anak kepada penyanyi ND Lala itu berasa sangat terharu dengan Ubai yang tetap melayan peminat yang ingin bergambar meskipun tidak berapa sihat.
Korang tengok lah ni, dalam mata senget sebelah pun masih ada orang nak ambil gambar dengan dia. Mata dia tu ada cyst tahu tak, lepas ketumbuhan dekat belakang otak, sekarang ketumbuhan dekat mata pula.
Sekadar info, beberapa minggu sebelum Ubai menjalani pembedahan, pengacara dan pempengaruh TikTok itu ada berkongsi khabar duka buat keluarganya selepas adiknya dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: Instagram
Leave a Reply