NAMA pasangan Nad Zainal dan Ungku Ismail hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini selepas didakwa bersikap sombong dan acuh tidak acuh ketika disapa peminat di Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP2023).
Susulan dakwaan tersebut, Ungku Ismail hanya mampu meluahkan rasa syukur dapat mengutip pahala selepas video tersebut menjadi bualan ramai.
“Alhamdulillah, banyak pahala kami dapat daripada cemuhan, kutukan, hinaan, ungkitan, amalan sejak malam semalam.
Ungku jawab dakwaan sombong dengan peminta.
“Ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala mereka beramai-ramai. Subhanallah,” katanya.
Ungku Ismail berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa.
Dalam pada itu, Ungku Ismail menganggap kejadian tersebut sebagai satu ujian buat dia dan isteri apatah lagi ketika ini umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.
@xtra_my Alamak, nak cepat kot tu.. Mungkin ada urusan lain. #fyp #xtramy #nadzainal #ungkuismailaziz #kekwat #sombong #peminat #beritaditiktok #sembangentertainment
Katanya lagi, kebenaran hanya akan terbukti di akhirat kelak tanpa perlu dia mempertahankan diri.
“Yang muat naik, yang beritakan, yang sebar, yang mengata. Masyar itu benar. Kita sabar, nantikan. Sabar baby, ujian Ramadan Nad Zainal,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Nad bersama Ungku Ismail berjalan melalui beberapa gerai jualan sebelum ditegur oleh individu yang berada di situ.
Menerusi video berkenaan, Ungku Ismail dan Nad terlihat melemparkan senyuman ketat kepada peminat yang menegurnya.
Ungku Ismail dan Nad Zainal kahwin pada Januari 2023.
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail Ungku Aziz, 38, pada 23 Januari lalu sebelum berkongsi mengenai khabar gembira itu secara umum enam hari kemudian.
Nad sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirullah pada 2015 namun pasangan itu bercerai pada 2022.
Perkahwinan itu turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply