Pelakon Rita Rudaini berkongsi momen indah apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin memperoleh Anugerah Pengetua dengan keputusan cemerlang di MRSM Ulul Albab, Gemencheh.
Dalam perkongsian video itu, kelihatan Airit dipanggil naik ke pentas untuk mengambil sijil serta piala yang disampaikan oleh pengetua sekolah.
Anak Rita Rudaini hadiahkan Anugerah Pengetua
@ritrud727 Tahun lepas bday mommy,Ryan bg hadiah dpt tempatkan diri di MRSM..tahun ni Ryan bg hadiah lg dpt Anugerah Pengetua dgn pointer tinggi …syukur alhamdulillah…mommy x mintak lebih cuma mommy nak anak2 mommy bukti kan pd diri sendiri dan kpd org di luar sana yg kita mampu berjaya..peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada utk kita 😌 ..jadi terbaik utk diri sendiri bukan utk puas kan hati org lain…tkasih ALLAH kerana hadiah rezeki anak2 yg baik utk ku..sudah memadai…rezeki RAMADHAN 🤍
Meluahkan rasa bangga, Rita berkata, itu merupakan hadiah hari jadi paling berharga daripada anak untuk dirinya. Tahun lepas, Rayyan bagi hadiah masuk MRSM, hari ni dapat pointer tinggi pula!
@ritrud727 Syukur Alhamdulillah ….rezeki yg tak ternilai dr ALLAH swt 😌
Walaupun membesarkan anak seorang diri, Rita membuktikan anak-anaknya juga mampu berjaya. Rita menitipkan pesanan kepada anak supaya menghiraukan cemuhan dan kejian kerana Allah SWT sentiasa ada bersama mereka.
Peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada untuk kita. Jadi terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih ALLAH kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untuk ku..sudah memadai…rezeki RAMADHAN.
Pada April tahun lalu, Rita Rudaini berkongsi momen sebak pertama kali berpisah dengan anak apabila anaknya diterima masuk ke sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ohmedia.my
Leave a Reply